Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Donat Pandan Mengancam Sedap

Resepi berikut merupakan resepi yang biasanya dijadikan sebagai hidangan minum petang. Donat pandan adalah donat yang berperisa pandan, ianya begitu mudah untuk disediakan dan bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah untuk ditemui. Kebiasaan nya donat perlu diuli bagaimana pun resepi kali ini akan menunjukkan kepada anda cara untuk membuat donat pandan tanpa undi. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Untuk menggoreng donat ini gunakanlah api yang banyak dan sederhana panas. Sentiasa kacau ketika anda menggoreng agar semua bahagian menjadi masak sama rata. Selepas digoreng anda boleh gaul donat ini bersama gula halus dan juga serbuk kelapa. Selamat mencuba!

Bahan A:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat manis
  • 2 sudu gula pasir
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu kecil pes pandan
  • Campurkan bahan ini dan biarkan kembang
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu (b) marjerin/butter
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam
  • Masukkan semua bahan B ke dalam satu bekas besar. Ramas bahan-bahan tersebut hingga menjadi macam serbuk roti.
  • Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.
  • Campurkan bahan A dan Bahan B tadi dan gaul sebati hingga tepung tidak melekat pada tangan
  • Masukkan doh ke dalam bekas dan tutup doh tersebut. Perap doh selama 1 jam agar menghasilkan donut yang gebu gebas meski tanpa uli. Adunan memang lembik, tapi tak perlu risau, tak perlu tambah tepung.
  • Tumbuk-tumbukkan doh donat yang telah kembang untuk mengeluarkan angin. Lepastu, canaikan doh donat tersebut.
  • Terap menggunakan acuan donat
  • Susun donat tersebut di atas talam yang ditaburi tepung gandum agar tidak lengket dan melekat. Biarkan donat pandan tersebut rehat selama 15 minit.
  • Goreng donat dengan api sederhana hingga berwarna keperangan. Anda boleh hiaskan donat pandan susu ini dengan salutan gula ataupun topping yang lain.

Untuk menggoreng donat ini gunakan api yang banyak dan sederhana panas. Sentiasa kacau ketika anda menggoreng agar semua bahagian menjadi masak sama rata. Selepas digoreng anda boleh gaul donat ini bersama gula halus dan juga serbuk kelapa. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!