Resepi Donat Kentang ( Confirm Lembut)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi donat yang popular di jadikan hidangan minum petang. Donat dibuat daripada tepung, gula , garam ,yis dan sedikit air. Bagaimana pun untuk mendapatkan donat yang lembut anda perlulah menambah bread improver.

Dalam resepi kali ini kita akan kongsikan cara untuk membuat donat yang lembut dan gebu tanpa menambah bread improver. Bahan yang akan digunakan di dalam resepi ini ialah kentang. Kentang ini akan direbus dan dilenyapkan sehingga lembut. Jika anda ingin mencuba resepi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi  Donat Kentang

Bahan-bahan

  • 1 peket yis (11g)
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula pasir 

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 biji kentang saiz kecil (rebus dan lecek)
  • 1 sudu teh garam halus
  • 2 sudu besar marjerin/butter

Kaedah

  • Mula-mula campurkan bahan A dan biarkan ia lebih kurang 10 mini atau sehingga ia berbuih.
  • Sementara itu dalam bekas yang besar, campurkan bahan-bahan B. Gaul sebati.
  • Apabila bahan A telah naik, campurkan dengan bahan B dan adun sehingga ia sebati (boleh guna mixer kalau ada)
  • Dan rehatkan doh hingga saiz adunan ini naik sekali ganda. Jangkaan masa ialah 30 minit.
  • Tumbuk adunan dan uli sehingga ia tidak melekat ditangan. Tambah sedikit tepung jika perlu.
  • Adunan ini memang sedikit lembik tetapi ia akan beransur menjadi elastik bila anda mengulinya.
  • Bahagikan doh mengikut saiz yang diingini atau gunakan penimbang untuk mendapatkan saiz yang sama.
  • Bulatkan doh, leperkan dan tekap penutup botol dibahagian tengah. Celup bahagian belakangnya dengan tepung agar mudah untuk digoreng nanti.
  • Rehat doh sekali lagi, sehingga ia kembang dan menjadi ringan.
  • Dengan api yang sederhana besar,perlahan-lahan alih doh dan mulai goreng.
  • Tos donut sebelum dihidang.
  • Siap!

Adunan doh ini memang lembut dan sedikit melekit. Jangan tambah tepung, kecuali ketika anda menguli. Ini untuk mengelakkan donat menjadi keras.

Letakkan tepung yang secukup dibahagian belakang doh agar ia tidak melekat di permukaan dulang. Doh adunan sangat lembut jadi berhati-hati ketika mengalih ia untuk digoreng, agar rupa cantik donat tidak terjejas dengan jari anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Nasi Goreng Pattaya ( Sedap Mudah)

Next Article

Resepi Crown Chiffon Cake ( Kek Viral)