Resepi Donat Choc Almond Sedap Menjilat Jari

Resepi kali ini merupakan resepi yang ditiru daripada jenama terkenal iaitu Dunkin’ Donuts. Ia adalah donat lembut yang dihiasi dengan coklat dan juga kacang badam yang telah dibakar rangup. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah tepung, susu, marjerin,gula dan garam. Kemudian ianya dihiasi dengan coklat gelap cair dan juga kacang sama ada kacang tanah ataupun kacang badam yang telah hancur.

Namun untuk rasa yang lebih premium gunakanlah kacang badam. Baiklah bagi anda yang ingin menyedianya sendiri di rumah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan boleh didapati di kedai yang berdekatan kawasan rumah anda.

Bahan-bahan

A

  • 400g tepung roti
  • 100g tepung kek
  •  10g yis segera

B

  • 80g gula kastor
  • 10g garam
  •  20g tepung susu

C

  • 50g telur
  • 250g air sejuk

D

  • 100g mentega

Hiasan

  • Coklat gelap (Dark chocolate) dipotong kecil
  • Badam keping secukupnya,disangai atau dibakar sekejap dalam ketuhar

Kaedah

  • Campurkan A,masukkan B dan C didalam mangkuk pengadun.
  • Pukul pada kelajuan sederhana selama 5 minit.
  • Tambahkan D dan teruskan memukul selama 10-15 minit sehingga doh menjadi licin dan anjal.
  • Biarkan doh di atas permukaan yg telah ditaburkan tepung,& tutup dengan kertas plastik
  • Biarkan doh mengembang selama 30-40 minit sehingga menjadi dua kali ganda daripada
  • saiz asal.
  • Canaikan doh pada ketebalan 1-1.5cm.
  • Rehatkan selama 10 minit.
  • Terap doh dengan menggunakan penerap donat dan letakkan dalam dulang yg telah ditaburkan tepung.
  • Ketepikan selama 30 minit untuk doh mengembang dengan secukupnya.
  • Panaskan minyak secukupnya.
  • Goreng donat dengan api sedang hingga keperangan.Angkat.
  • Sementara itu cairkan coklat dengan cara double boil pada suhu rendah, tambah sedikit minyak masakj.
  • Kemudian celup bahagian atas donat kedalam coklat cair dan hiaskan dengan kepingan badam.
  • Siap

Resepi ini sangat sesuai bagi anda yang gemar masakan rumah terutama masakan viral. Anda boleh berjimat kerana anda boleh buat banyak donut yang digemari menggunakan resepi ini. Untuk mendapatkan rasa yang lebih premium gunakanlah coklat berkualiti yang boleh anda dapati dari pembekal barangan makanan bakeri dengan harga yang lebih berbaloi.Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *