Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Dalgona Milo (Sesuai untuk Semua!)

Anda ingin mencari resepi minuman yang sesuai untuk anak anda dan seisi keluarga? Kali ini kami bawakan resepi dalgona milo, iaitu sebuah resepi yang telah diubah suai daripada resepi dalgona coffee. Ianya boleh diminum oleh kanak kanak kerana ianya bebas daripada kafein.

Dalgona milo mempunyai cara pembuatan yang sedikit berbeza daripada dalgona coffee yang biasa. Ini kerana, dalgona milo perlu menambah beberapa bahan lain bagi menhasilkan krim yang ringan.

Resepi ini dikongsikan oleh Duyung Sweets Laling dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom tengok!

Resepi Dalgona Milo

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 sudu besar milo
  • 1/2 sudu besar gula perang atau gula pasir
  • 2 sudu besar air panas
  • 1 sudu kecil ovallate
  • 1 cawan susu
  • Air batu

Cara – cara penyediaan:

  1. Pukul kesemua bahan kecuali susu dan air batu. Pukul sehingga ianya menjadi kental.
  2. Didalam cawan berasingan, masukkan susu dan air batu.
  3. Masukkan adunan milo yang telah dipukul didalam cawan tersebut.
  4. Ambil gambar dan kacau sebelum minum!

Resepi – resepi yang boleh anda cuba:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!