Resepi Dadih (Mudah, Ringkas dan Lazat!)

Dadih amat sesuai dijadikan pencuci mulut. Rasanya yang manis dan dimakan pula sejuk sejuk amat melazatkan. Tahukah anda, cara penyediaan dadih ini amat simple?

Kali ini kami bawakan resepi dadih buat para pembaca sekalian. Ianya boleh dihidangkan sewaktu majlis keraian seperti majlis akhir tahun persekolahan!

Resepi ini dikongsikan oleh Azma Mj dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Dadih

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Agar-agar 1 pek
  • 3 kotak susu (pek 1 liter) (susu full cream, strawberry, coklat, cappucino,mocha)
  • Gula
  • Garam
  • Air 3 liter

Cara penyediaannya:

  1. Masak air bersama agar2, sukatan air untuk satu pek agar2 ialah 3 liter.
  2. Masukkan gula sebanyak 500 gram dan sedikit garam. Bila dah mendidih masukkan susu, masa ni dah boleh tutup api dah cuma jgn berhenti kacau.
  3. Sebelum tuang ke dalam bekas, tapis dulu. Biarkan sejuk sikit baru tutup bekas tu, kalau tak nanti berwap dekat penutup tu so nampak tak cantik.
  4. Siap!

P/s: Boleh tambahkan jelly untuk menjadikan dadih nampak lebih menarik.

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Ayam Black Pepper dan Cendawan

Next Article

Resepi Stew Ayam (Dimakan bersama Frenchbread!)