Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Oren Sedap Tangkap Leleh

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan resepi kek cawan menggunakan buah oren. Kek cawan merupakan kek yang dimasak di dalam acuan cawan kertas yang direka khas untuk membuat kek cawan ini. Ianya menggunakan bahan-bahan seperti mana membuat kek,  perbezaannya hanyalah acuan yang digunakan. Malah masa untuk membakar kek cawan juga lebih singkat berbanding kek biasa. Sesuatu yang menarik tentang kek cawan ini ialah ianya dihias menggunakan krim. 

Oleh itu ianya sentiasa mendapat permintaan, baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

  • 150 g mentega 
  • 120 g gula kastor 
  • 3 biji telur 
  • 1 sudu makan pes oren 
  • 160 g tepung gandum (diayak) 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • 2 sudu makan jus oren Sunquick 
  • Acuan kertas secukupnya
  • 250 g mentega 
  • 300 g gula aising 
  • 1 sudu makan jus lemon
  • Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang. 
  • Masukkan telur satu per satu dan pes oren. 
  • Masukkan tepung gandum dan baking powder sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren Sunquick. 
  • Masukkan adunan ke dalam piping bag. 
  • Paipkan ke dalam acuan kertas yang sudah diletakkan di dalam loyang anggaran 3/4 penuh. 
  • Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 25-30 minit ataupun sehingga kelihatan masak. 
  • Hiaskan dengan krim aising yang disukai.
  • Pukul semua bahan B sehingga ringan dan gebu. 
  • Masukkan krim ke dalam piping bag.
  • Paipkan ke atas kek dan hiasi dengan hirisan buah oren.

Selain menggunakan buah oren anda juga boleh menggunakan buah lemon hiasinya dengan parutan kulit lemon. Sudah tentu ianya sangat menarik dan dijadikan hiasan dan hidangan di majlis keraian anda. Apa pun diharap anda akan mencuba resepi ini selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *