Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cupcake Marble Gebu Gebas Sedap

author name

📄

Resepi kali ini merupakan salah satu resepi kek yang diubah menjadi cupcake, ini adalah salah satu cara mudah untuk menghidangkan kek. Bahan-bahan yang digunakan amat mudah untuk didapati dikedai, antaranya ialah tepung gandum, gula halus, susu, telur dan ovellete. Ovellete merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk melembutkan kek. Lazimnya ia berwarna oren dan melekit, ia juga tidak mempunyai bau. Oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai bahan didalam resepi ini tetapi pastikan anda menggunakan souffle cupcake liner kerana adunannya agak lembut.

Baiklah bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan yang diperlukan bagi menyediakan cupcake ini.

Bahan-bahan 

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B
  • Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
  • Masukkan semua bahan dalam mangkuk pengadun kecuali butter.
  • Pukul sehingga gebu, akhir sekali baru kaup balik butter.
  • Pastikan semua bahan sebati.
  • Bahagikan sedikit adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.
  • Selebihnya masuk kedalam acuan cupcake.
  • Tuang adunan berwarna dan lorekkan corak.
  • Bakar pada suhu 160c selama 25 minit.
  • Siap!

Cupcake ini amat lembut dan gebu, paling sedap ia dinikmati semasa panas. Oleh kerana ia adalah kategori kek span, maka cara terbaik menikmati keenakkannya ialah beberapa jam selepas ia dibakar, jika simpan terlalu keenakkannya akan berkurangan. Apapun diharap anda kan mencuba sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 tsp baking powder
  • ½ tsp garam
  • 11/2 tbsp ovalette
  • 50ml susu segar/cair
  • 1 cawan gula halus
  • 150g butter (cair dan sejukkan)
  • 5 biji telur gred B

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *