Resepi Cupcake Coffee Yang Menyengat

Resepi kali ini merupakan resepi cupcake yang menggunakan coffee sebagai bahan utamanya. Cupcake coffee adalah cup cake yang diperbuat menggunakan emulco kopi dan mempunyai rasa yang lebih kuat sesuai bagi mereka yang menggemari kopi. Ianya dihias menggunakan krim yang dicampur dengan sedikit emulco kopi.Sangat sesuai disediakan bagi meraikan mereka yang tersayang khususnya peminat kopi, untuk menyediakan cupcake ini sebaiknya hiasinya dengan krim dan corak yang menarik.

Bagi anda yang ingin mencuba resipi ini berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dan cara-cara untuk menyediakan cupcake ini.

Bahan-bahan

  • 250 gm tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 125 gm mentega
  • 200 gm gula kaster
  • 3 biji telur 
  • 125 gm susu penuh krim
  • 2 sudu makan emulco kopi

Kaedah

  • Ayak tepung ngan serbuk penaik bersama.
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang dan putih. 
  • Selepas itu masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. 
  • Masukkan emulco kopi dan gaul sebati.
  • Dengan perlahan masukkan bahan tepung berselang-seli dengan susu ke dalam adunan, akhiri dengan tepung. 
  • Kaup balik hingga sebati.
  • Isi ke dalam cawan kertas dgn adunan 3/4 penuh.
  • Bakar dalam ketuhar selama 15- 20 minit dengan suhu 180’c.
  • Sejukkan sebelum deko.

Cara paling mudah untuk hias cupcake ialah dengan menggunakan krim yang ada dijual di kedai membekal barangan bakeri. Cupcake ini sangat sesuai disediakan bagi meraikan didalam majlis keraian dan sangat sesuai untuk orang dewasa. Jika anda ingin mencuba sesuatu dari kebiasaan anda haruslah mencuba resipi ini oleh itu selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

Resepi Cupcake Cream Cookies

Resepi Kek Cawan Coklat Kukus

Resepi Kek Cawan Pandan

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *