Resepi Cucur Ikan Bilis Gebu ( Gaya Baru)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu minuman petang atau pagi. Cucur atau cekodok diperbuat dari bahan yang amat ringkas iaitu tepung dan air sahaja. Namun bagi meraikan kepelbagaian citarasa dan selera orang, ia telah diubahsuai dengan pelbagai bahan -bahan yang menambahkan kepada keenakannya.

Contoh cucur ikan bilis gebu ini, merupakan salah satu cara untuk menjadikan masakan cucur ini enak tetapi amat mudah untuk disediakan,berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Cucur Ikan Bilis Gebu ( Gaya Baru)

Bahan basah

  • ¾ cawan susu segar
  • 2 sudu besar cuka makan

Bahan kering

  • 2-3 cawan tepung gandum ( all-purpose flour )
  • 2 sudu besar gula 
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil garam
  • Ikan bilis segenggam
  • Bawang besar 1 ulas (dihiris mengikut citarasa)

Kaedah

  • Mula-mula campurkan susu dan cuka bersama-sama, biarkan selama 5 minit.
  • Kemudian tambahkan mentega cair dan telur, kacau agar ia sebati.
  • Selepas itu tambahkan semua bahan kering ke dalam mangkuk yang besar. Kacau agar ia sebati, kemudian tambahkan bahan-bahan basah yang telah digaul sebati tadi.
  • Kacau menggunakan tangan hingga semua bahan sebati hingga adunan sebati. Ketepikan seketika.
  • Panaskan kuali dan tambahkan minyak masak secukupnya untuk goreng tenggelam.
  • Dengan menggunakan sudu kecil, tuangkan satu adunan dalam satu masa. Gunakan api yang sederhana, terbalikkan apabila satu bahagian mulai masak.
  • Ulang hingga semua adunan habis digoreng.
  • Siap, boleh dihidangkan bersama sos cili.

Cucur ini amat sedap dihidangkan bersama keluarga anda. Hidangkan ia dengan sos cili atau sambal kicap yang biasanya dihidangkan bersama pisang goreng yang popular dinegeri Johor. 

Oleh itu bagi anda yang suka mencuba resepi yang lain dari kebiasaan boleh mencuba resepi sedap ini, cucur ini tahan lembut hingga petang jadi ia juga sesuai dijadi bekala dalam perjalanan bercuti anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Resepi Cucur Manis Kembung

Resepi Cucur Jawa

Resepi Cucur Badak

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Laksa Sarawak ( Unik Sedap)

Next Article

Resepi Kuih Cara Manis (Kuih Tradisional)