Resepi Congo Bar (Pasti Jadi)

Semenjak kebanjiran pelbagai resepi brownis,ada satu yang lain dari kebiasaan brownis. Jika biasanya brownis dibuat dari coklat. Congo bar atau nama lainnya Congo Square pula dibuat dengan mengguna tanpa coklat dan koko. Rasanya dipengaruhi oleh jenis butter. Jika butter diguna ialah “pure butter” congo bar ini akan terasa sangat sedap dan lebih premium.

Bagaimanpun, congo bar mewah dengan choc chip. Gunakan choc chip yang import dan mahal . Pasti terasa keenakannya. Sekali rasa pasti mahu lagi. Makan tidak henti-henti. Apatah dijamu pada tetamu pasti mengundang pujian dan rasa kagum mereka.

Tapi Madam perlu terus terang, pada awal kedatangan Congo Bar ni, Madam tidak rasa berminat langsung. Mungkin sebab penampilannya yang tidak menarik macam brownies biasa. Tambahan pula, ramai mengatakan resepi congo bar ini selalu gagal. Mendap dan berminyak.

Tapi bila Madam cuba sendiri resepi dibawah ini, wow rasanya sangat memikat. Buatnya pun sangat mudah. Anda kena cuba sendiri.

Resepi Congo Bar

Bahan –bahan  A

  • 150g butter
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan-bahan B
  • 3 biji telur gredA
  • 1sk esen vanilla

Bahan-bahan C (Ayak)

  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 1 sk baking powder

Hiasan

  • 1 cawan choc chip
  • ½ cawan choc button
  • Segenggam kacang badam ( yang telah disangai)

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160-170  sekurang-kurangnya 10 min. Griskan Loyang empat segi saiz 9” dan lapikkan dengan kertas minyak.
  • Cairkan butter, guna api kecil agar ia tidak hangus.Bila telah cair sepenuhnya,masukkan gula perang dan kacau agar gula larut. Biarkan seketika.
  • Kemudian bila telah sejuk sedikit, masukkan telur sebiji demi sebiji. Masukkan juga esen vanilla.
  • Ambil sedikit tepung dari sukatan 2 cawan tadi untuk dicampurkan dengan choc chip dan kacang badam. Ini untuk mengelakkan choc chip dan kacang ini tenggelam dalam adunan.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama choc cip dan kacang yang telah digaul tepung tadi.
  • Untuk hiasan bolehlah taburkan kacang badam,  choc chip diatasnya.
  • Bakar pada suhu 160-170 celcius selama 30-40 min. Keluarkan bila telah masak. Sejukkan diatas redai.

Congo bar ini mempunyai rasa  yang rangup diluar tapi lembut didalam. Ia tidak terlalu manis dan rasanya memang mengasyikkan. Sesuai sebagai hidangan minum petang. Anda juga boleh mengambil tempahan kerana resepi ini pasti tidak mengecewakan.

Selamat mencuba.

Oh ya! Jangan lupa cuba resepi-resepi kami yang lain ye

Resepi terung goreng sambal cili padi.

Resepi ketam telur masin

Resepi kari ayam ala nasi kandar

Rangup diluar, lembut didalam.

Give a Comment