Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade Lagi Mesra Ekonomi dan Menjimatkan

Ferrero rocher, siapa sahaja tidak mengenalinya. Salah satu coklat yang premium dan mahal serta sering dijadikan sebagai buah tangan. Namun begitu, ianya sukar untuk dibeli sekali banyak kerana kosnya yang tinggi. Oleh itu, kali ini kami bawakan kepada anda resepi coklat ferrero rocher yang amat lazat dan mudah untuk disediakan. Apa yang penting adalah, kosnya jauh lebih murah dan anda boleh menyediakannya dengan banyak!

Resepi coklat ferrero rocher sebenarnya mudah tau!Anda hanya perlu ikuti lima langkah mudah sahaja untuk menghasilkan coklat ferrero rocher ini. Kini, anda boleh menyediakannya dan makan bersama ahli keluarga puas – puas! Hidangan ini juga sesuai dijadikan kuih raya ataupun buah tangan kepada sahabat handai.

Resepi ini dikongsikan oleh Norhafizah Omar dan mendapat banyak likes dan komen positif di Facebook milik beliau. Jom kita tengok!

Resepi Coklat Ferrero Rocher Homemade

coklat ferrero rocher 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 250g mentega
  • 80g gula aising
  • 20g conflakes kisar hancur
  • 100g almond powder
  • 300g tepung cap rose
  • 40g tepung jagung
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Putih telur utk menyalut
  • Almond nib secukupnya
  • Coklat masakan secukupnya

Cara – cara memasak:

  1. Putar mentega dan gula sehingga sebati kemudian masukkan conflakes hancur dan esen vanila.
  2. Masukkan almond powder, tepung jagung dan tepung cap rose. Uli sehingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
  3. Bulatkan doh, salut dengan putih telur dan almond nib.
  4. Bakar pada suhu 175C selama 20 hingga 25 minit.
  5. Apabila sudah sejuk bolehlah dicelupkan biskut dengan coklat masakan (di double boil dan ditambah bersama mentega koko) dan letakkan ke dalam paper cup.
  6. Siap!
coklat ferrero rocher
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Ingin mencuba lebih banyak resepi? Terdapat pelbagai lagi resepi yang anda boleh cuba. Jadi apa tunggu lagi, jom kita cuba! Jangan lupa kongsikan resepi ini bersama yang tersayang!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!