Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cinnamon Rolls Roti Gulungan Kayu Manis Yang Enak

Cinnamon roll ini pernah viral satu ketika dahulu, orang sanggup beratur untuk mendapatkanya. Cinnamon roll atau cinnamon bun ini sebenarnya adalah roti gulungan kayu manis yang biasa dihidangkan di Negara Eropah. Cinnamon roll yang terdiri daripada lapisan roti atau gulungan doh yang mempunyai campuran kayu manis dan gula dan ditaburkan pada lapisan nipis mentega.

Pelbagai cara boleh buat dengan cinnamon roll ini antaranya ialah tanpa yis, boleh dibakar dan pelbagai ikut kreativiti anda, Roti ini juga sesuai dijadikan sebagai sarapan pagi, pasti anak-anak suka. Resepi yang mendapat banyak perkongsian di Facebook ini ditulis oleh Fieza Fbs.

Bahan-bahan

  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan majerin
  • 4 cawan tepung
  • 1 paket yis
  • 1/4 cawan gula halus
  • Sedikit garam
  • 1 biji telur

Bahan filling

  • 1 cawan gula perang
  • 1 sb serbuk cinnamon
  • 1/2 cawan majerin

Cara Penyediaan

  1. Susu dipanaskan sehingga timbul bubbles kemudian masukkan majerin dan ketepikan.
  2. Satukan tepung, yis, gula dan garam. Kacau rata dan letak telur serta bancuhan susu tadi (sekiranya adunan masih lembik, tambahkan tepung sehingga adunan menjadi doh).
  3. Tutup doh tadi dengan kain lembab selama 10 minit.
  4. Sementara itu, satukan gula perang, serbuk cinnamon dan majerin.
  5. Uli doh tadi menjadi bentuk 4 segi. Kemudian sapukan filling ke atasnya.
  6. Gulung dan potong mengikut ukuran yang sama.
  7. Susun dalam loyang yang telah disapu majerin. Tuggu sehingga doh kembang lebih kurang 1 jam.
  8. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 20 minit.
  9. Masa dihidang bolehlah letak susu pekat yang ditambah air sedikit sebagai penambah perasa.

Kalau nak lagi mudah anda boleh gunakan roti paratha untuk membuat cinnamon rolls, tak banyak step yang anda perlu ikut dan bahan pun tak banyak. Mudah kan!

Resepi Menarik Yang Lain

Buat penggemar roti, jangan lupa cuba resepi yang cinnamon rolls yang telah kami sediakan ini. Nak lagi resepi roti yang lain? Jangan lupa singgah di laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!