Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Chocolate Moist Cake Premix Senang Boleh Buat Sendiri

author name

📄 ,

Resepi kali ini merupakan salah satu cara yang mudah untuk menyediakan kek coklat. Biasanya tepung segera ini dijual di kedai ataupun di pasaran. Namun begitu tahukah anda sebenarnya anda boleh menyedianya sendiri. Bahan-bahan yang digunakan juga amat mudah untuk dicari kedai yang berdekatan. Bagi anda yang ingin mencuba berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan

Bahan-bahan

  • 1 cawan besar tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1sudu teh soda bikabornat
  • ½ sudu teh garam
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula halus

Kaedah

  • Campurkan semua bahan dan ayah beberapa kali.
  • Simpan didalam bekas kedal udara.

Cara penyediaan kek coklat moist

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair
  • ½ cawan susu pekat
  • Telur gred A/B  2 biji
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Adunan ini sesuai untuk loyang saiz 8” bulat. Kukus selama 60 minit atau sehingga masak.
  • Siap!

Jika dilihat sebenarnya tepung segera ini hanya menyediakan bahan-bahan kering. Oleh itu untuk menyediakan sebuah kek chocolate yang lazat anda hanya perlu mencampurkan minyak masak, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. Namun begitu jika anda tidak ingin menggunakan susu anda boleh menggunakan air suam sahaja. Selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *