Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Chicken Chop (Homemade)

author name

📄

Resepi kali ini adalah merupakan resepi yang agak popular dikalangan masyarakat alaf baru. Chicken chop sebelum ini hanya boleh didapati di restoran-restoran mewah ataupun hotel. Ini kerana sebelum ini resepinya agak esklusif dan menjadi rahsia chef-chef terkemuka. 

Namun sesuai dengan era teknologi maklumat, chicken chop kini mudah didapati dan harganya juga jauh lebih murah. Chicken chop adalah isi ayam yang telah dibuang tulang digrill atau digoreng dengan serbuk roti. Kemudian isi ayam ini dihidang bersama sos lada hitam dan juga salad sayur.  Kadang kala ia juga dihidang dengan kentang putar, jagung ataupun roti.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi chicken chop yang anda boleh cuba sendiri dirumah. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Chicken Chop (Homemade)

Bahan utama

  • 8 keping ayam bahagian ‘whole leg’ atau bahagian dada. Bersih dan toskan ia.

Bahan-bahan perasa

  • Sedikit daun parsley kering (pilihan)
  • 3 sudu makan sos tiram
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan salutan tepung

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 biji telur
  • ‘Breadcrumbs’ secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng tenggelam secukupnya

Kaedah

  • Mula-mula perasakan ayam dengan bahan-bahan perasa.
  • Perapkan semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam didalam petiais.
  • Kemudian celupkan ayam didalam telur sebelum menyalut tepung dan kemudian dengan ‘breadcrumb’.
  • Dengan minyak yang banyak dan sederhana panas, goreng ayam hingga berwarna keemasan.
  • Siap.

Resepi Kuah Black Pepper

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu makan lada hitam yang telah dikisar halus (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 ketul kiub ayam Maggi
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan butter
  • 5 cawan air
  • Garam secukup rasa

Kaedah

  • Mula-mula cairkan butter.
  • Kemudian tumiskan bawang besar yang dipotong dadu tadi.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau segera.
  • Segera masukkan air dan kacau hingga tepung tadi larut.
  • Masukkan kiub ayam dan biarkan ia larut.
  • Tambahkan lada hitam, sos tiram dan sedikir kicap untuk warna yang lebih hitam.
  • Masak sehingga pekat, tambah garam secukup rasa kerana kuah ini telah ditambah sos tiram dan kuib ayam.
  • Siap untuk dimakan bersama chicken chop.

Resepi ini sangat sesuai untuk dinikmati bersama keluarga. Anda boleh juga menggunakan peha ayam yang memang telah dibuang tulang siap dijual di pasaraya-pasaraya . Biasanya Madam grill sahaja tetap jika amda ingin gireng menggunakan bread crumb pastikan anda menggunakan suhu sederhana agar ia masak dibahagian dalamnya.

Apakata anda mencubanya sendiri hujung minggu nanti dan jamulah ia bersama keluarga tercinta.

Resepi Lain Yang Menarik.

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini kami mempunyai pelbagai lagi resepi-resepi yang menjadi perkongsian dan terbukti menjadi. Jadi sudilah melihat koleksi resepi kami ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *