Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Cendawan Goreng (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu sayur. Ia amat sesuai dihidangkan ketika waktu makan utama,seperti makan tengahari atau makan malam. Resepi cendawan kali mengabungkan beberapa jenis cendawan.

Biasanya masakan seperti ini sangat popular dikalangan orang Cina.Namun kali ini Madam mencubanya sendiri sebagai hidangan sampingan diwaktu makan tengahari. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.

Resepi Cendawan Goreng (Ringkas Sedap)

Bahan-bahan

  • 1 paket cendawan tiramĀ 
  • 1 peket cendawan enoki (kecil)
  • 1 peket cendawan enoki (besar)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • Ā½ inci halia
  • Sedikit ikan bilis
  • 3-4 biji lada hitam (diketuk)
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Serbuk perasa secukupnya

Kaedah

  • Tumbuk bawang putih dan ikan bilis.
  • Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang tekah ditumbuk tadi.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Masukkan sedikit air jika perlu.
  • Sejurus itu masukkan cendawan dan goreng hingga ia masak.
  • Akhir sekali taburkan lada hitam yang telah ditumbuk.
  • Siap untuk dihidangkan.

Masakan ini sememangnya amat ringkas dan mudah disediakan. Masakan sayur seperti ini tidak memerlukan terlalu bahan perasa lain, sekadar garam, serbuk perasa bersama sedikit kepedasan dari lada hitam atau lada putih.

Halia juga ditambah dalam masakan ini , kerana cendawan terkenal dengan sifat sejuknya. Oleh kerana itu bagi wanita yang baru melahirkan ianya menjadi pantang keras bagi mereka kerana dikhuatiri memudaratkan mereka. Bagaimanapun anda cubalah sendiri resepi ini. Selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!