cantonese-yee-mee

Resepi Cantonese Yee Mee (Rasa Authentic!)

Yee Mee merupakan hidangan yang tidak asing lagi dengan kaum Cina. Ianya boleh didapati di restoran dan juga di gerai sekitar kita. Akan tetapi, sekiranya ingin menyediakan dalam jumlah yang banyak, pasti sahaja akan menelan kos yang tinggi. Oleh itu, lebih baik sekiranya kita menyediakannya sendiri.

Kali ini kami bawakan resepi Cantonese Yee Mee buat para pembaca semua. Bolehlah anda menyediakannya dengan air tangan anda sendiri. Hidangkan kepada ahli keluarga dan yang tersayang, pasti menarik hati mereka!

Resepi ini dikongsikan oleh Rosalina Rosla dan mendapat banyak likes tau. Jom scroll down!

Resepi Cantonese Yee Mee

cantonese-yee-mee
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 ketul yee mee
  • 2 ulas bawang putih *cincang*
  • 1 cm halia *cincang*
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 biji cili padi *diketuk*
  • Sayuran : baby sawi, lobak, bunga kobis, cendawan
  • Bahan perasa : lada hitam ditumbuk, 1kiub pati ayam, 1/2sdb minyak bijan
  • 1 sdb tepung jagung, bancuh bagi pekat
  • 2 cawan air (mengikut kesesuaian anda)
  • 1 biji telur

Cara – cara memasak:

  1. Yee mee digoreng garing dalam minyak panas, selama lebih kurang 2 minit. Balik balikkan kedua – dua belah mee tersebut dan goreng sampai garing. Angkat & letak dalam pinggan.
  2. Untuk kuah, panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, cili padi, halia dengan bawang besar.
  3. Masukkan air dan sayur – sayuran dengan kiub skali.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan minyak bijan & bahan perasa. Jangan masin sangat sebab nanti bila dah masuk tepung jagung dan sudah pekat, lagi bertambah masin.
  5. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  6. Tuangkan sayur – sayuran dahulu ke dalam pinggan yee mee tadi. Biarkan kuah dalam periuk.
  7. Kemudian, pecahkan telur dalam periuk, dan kacau jangan sampai telur kuning pecah, biarkan masak.
  8. Apabila sudah masak, tuangkan ke atas yee mee tadi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Total
0
Shares
Previous Article
dim-sum-isi-ikan

Resepi Dim Sum Isi Ikan (Resepi Sihat!)

Next Article
daging-masak-hitam

Resepi Rendang Daging Hitam (Makan Bertambah!)