Resepi Bun Kacang Merah (Mengamit Kenangan)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi roti yang amat sesuai bagi peminat roti homemade. Ban kacang merah dibuat menggunakan bahan-bahan yang sama untuk membuat roti dan diisi dengan intu kacang merah. Ban kacang merah amat sedap dan amat sesuai dijadikan hidangan diwaktu sarapan atau minum petang. Malah ia juga sesuai dijadikan bekalan anak kesekolah atau tempat kerja.

Menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari anda harus cuba resepi ini.

Resepi Bun Kacang Merah
Bahan-bahan Roti Bun

A

  • 220 ml susu segar
  • 35g mentega

B

  • 35g gula pasir 
  • 1-1/2 sudu teh instant yis

C

  • 300g tepung roti
  • 1 sdt serbuk penaik
  • 1/3 sdt garam

D

  • 1 biji telur C- hancurkan sebati sahaja

Untuk Sapuan

  • 1 biji telur C- hancurkan
  • bijan secukunya

Kaedah

  • Panaskan bahan (A) hingga mentega cair dan tutup api. Ketepikan hingga suam.
  • Kemudian masukan bahan (B) kuar sebati hingga hancur kedua-duanya.
  • Masukan bahan (C) kedalam bread maker atau mixer diikuti susu suam tadi dan bahan (D). Set setting dough untuk bread maker dan uli sampai elastik dalam 30-40 minit manakala low speed dahulu untuk mixer bila dah sebati baru ke high speed. Uli sampai elastik.
  • Bila dan cukup tempoh mengguli rehatkan hingga naik 2 kali ganda.
  • Tumbuh doh buang angin dan boleh di timbang dalam 30-40g setiap satu dan bulat-bulatkan.
  • Sediakan loyang dan sapu sedikit minyak untuk melekat bun nanti.Gelek doh yang dah ditimbang dengan pencanai supa leper sedikit dan bolehlah di isi inti. Cantumkan dan bulat-bulatkan lagi dan letak dalam loyang yang sudah disapu minyak. Buat hingga kesemuanya habis.
  • *Sementara menunggu bun direhatkan lagi, panaskan oven pada suhu 180-190 degrees*
  • Rehatkan lagi bun sekitar 20-25 minit dan bolehlah disapu telur dan tabur sedikit bijan. Bakar dalam 20-25 minit hingga kuning. Bergantung pada oven masing-masing.
  • Bila bun dah masak keluarkan dan sapu lagi dengan mentega supaya berkilat dan lembut.

Untuk membakar roti suhu yang digunakan haruslah bergantung pada oven anda. Namun biasanya roti dibakar pada suhu yang tinggi kerana ia cepat masak. Inti kacang merah boleh dibeli dikedai pembekal barangan bakeri kerana ia lebih murah. Jadi diharap anda akan sudi mencuba resepi ini untuk hidangan keluarga anda. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Roti Sosej Cheese (Sarapan Ringkas)

Next Article

Resepi Mee Suah (Sedap Tak Pedas)