Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Brownies Walnut Meletop Gerenti Ramai Suka

Resepi berikut merupakan salah satu resepi brownies yang telah mendapat tempat dikalangan peminat coklat khususnya dinegara kita. Brownies merupakan sejenis manisan yang diperbuat dari coklat yang berkualiti, tepung, butter dan juga gula.Ā 

Bila dilihat pada bahan-bahan digunakan ia mempunyai persamaan dengan kek. Hanya bezanya brownies ini mempunyai rasa yang rangup diluar tetapi sangat lembut dan penuh coklat dibahagian dalam. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan coklatĀ 

  • Dark choc 150g
  • Butter 50g
  • Minyak masak 50g

Bahan keringĀ 

  • 100g tepung gandum
  • 25g koko

Bahan basah

  • 150g gula perang
  • Telur B 2 biji
  • Ā½ tap esen vanila

HiasanĀ 

  • Kacang walnut 100 gĀ 

Kaedah

  • Cairkan coklat bersama butter dan tambahkan minyak masak.
  • Selepas itu masukkan gula perang, telur dan esen vanila.
  • Gaul rata.
  • Masukkan tepung yang telah dicampur bersama serbuk koko.
  • Kacau agar sebati semua bahan.
  • Akhir sekali masukkan kacang walnut separuh.
  • Baki kacang walnut itu taburkan ia dibahagikan atas.
  • Masukkan adunan ini didalam loyang empat segi saiz 7ā€.
  • Bakar selama 35-40 minit pada suhu 160c.
  • Sejukkan diatas besi redai sebelum dipotong.

Coklat yang digunakan didalam resepi ini ialah coklat hitam (dark chocolate). Ini kerana coklat ini kurang manis dan ada sedikit rasa pahit. Rasa inilah yang digemari bagi peminat coklat. Manakala penggunaan kacang walnut menambahkan lagi rasa mewah brownies. Cubalah sendiri dan nikmati kelaianannya, selamat mencuba!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!