Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Brownies Kukus Lapis Cheese (Lazat Berkrim)

author name

Pada kesempatan ini kami teringin berkongsi resepi brownies kukus lapis cheese yang lembut dan cair dimulut, penuh dengan lapisan keju yang berkrim dan masin serta coklat yang melimpah dan manis. Gigitan pertama akan rasa coklat yang manis, diikuti dengan keju yang masin dan berkrim.

Teksturnya yang lembut dan gebu akan membuat anda teringin untuk makan lagi dan lagi. Bayangkan aroma coklat kombinasi cheese yang berkrim, pastinya perpaduan yang sempurna nan menggoda yang pastinya membuatkan anda terliur.

Tidak hairanlah brownies kukus lapis cheese ini menjadi pilihan ramai pencinta dessert. Dengan rasa yang enak, tekstur yang lembut, dan aroma yang menggoda, brownies kukus lapis cheese sesuai jadi dessert mewah untuk meriahkan hari-hari anda.

Kami pula berkongsi kumpulan resepi brownies kukus lapis cheese yang mendapat perkongsian ramai di Facebook, rugi kalau anda tidak cuba resepinya. Selamat mencuba.

Resepi Brownies Kukus Lapis Cheese Minum Petang

Imej via Facebook

Resepi pertama datang daripada Needa D. Faiz yang berkongsi di laman Facebook. Brownies kukus lapis cheese untuk minum petang. Resepi ini menggunakan topping drizzle Nutella sahaja.

Bahan-bahan lapisan coklat :
Bahan A :
  • 120g butter/marjerin,
  • 60g coklat masakan.
Bahan B :
  • 50g tepung gandum,
  • 50g serbuk koko,
  • 1 sudu kecil serbuk penaik.
Bahan C :
  • 220g gula kastor,
  • 4 biji telur gred A,
  • 4 biji kuning telur gred A.
Bahan-bahan lapisan cheese :
  • 125g cream cheese,
  • 30g gula kastor,
  • 15g tepung gandum,
  • 15g heavy cream/susu full cream,
  • 1 biji telur gred C.
Cara-cara :
  1. Cairkan butter kemudian masukkan coklat masakan, ketepikan.
  2. Kesemua bahan B ditimbang dan diayak, ketepikan.
  3. Pukul bahan C sehingga gula larut@kembang.
  4. Masukkan bahan A dan diikuti dengan bahan B.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  6. Kukus adunan yang pertama dalam loyang 8 inchi selama 20 minit.
  7. Seterusnya sediakan adunan cheese. Gaulkan semua bahan cheese sehingga sebati.
  8. Tuangkan adunan cheese ke dalam kukusan.
  9. Kukus selama 15 minit.
  10. Selepas 15 minit masuk lapisan coklat yang kedua.
  11. Kukus 20 minit @ sehingga masak.
  12. Hiaskan dengan topping drizzle nutella.

Resepi Brownies Kukus Lapis Cheese Senang

Imej via Facebook

Siap kek lapis coklat chesse sedap. Nor Asikin berkongsi resepi di laman Facebook, serta petua supaya tidak lekat dalam bekas iaitu dengan cara sapu sedikit minyak, tidak melekat langsung.

Bahan-bahan :
  • 4 biji telur,
  • 1 cawan gula,
  • 1 cawan susu pekat,
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 cawan minyak,
    (Semua bahan di atas dipukul kembang)
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 ½ cawan tepung gandum,
  • 1 sudu teh soda bikarbonat,
  • 1 sudu teh baking powder,
    (Ayak dan masuk ke dalam adunan dan kacau sebati)
  • 1 sudu esen vanilla (tambah ke dalam adunan)
Bahan adunan cheese :
  • 250 gm cream cheese,
  • ½ cawan gula,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu tepung gandum,
  • 2 sudu air,
  • 1 sudu esen vanilla.
    (Pukul sehingga sebati)
Cara-cara Kukus :
  1. Mula-mula loyang harus dilapik kertas.
  2. Masuk adunan coklat, kukus selama 20 minit.
  3. Setelah masak, masuk adunan cheese, kukus lagi selama 20 minit.
  4. Masuk sekali lagi adunan coklat untuk lapisan terakhir.
  5. Kukus selama 20 minit. Siap.

Brownies Coklat Cheese Kukus Simple

Imej via Facebook

Seterusnya kami kongsikan resepi kek coklat cheese kukus simple tapi sedap. Norhamidah Abdul Hamid berkongsi di laman Facebook, resepi ini guna sukatan cawan sahaja, senang lagi laju buat kerja.

Bahan – bahan :
  • 1 cawan gula pasir,
  • 1 cawan serbuk koko,
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 cawan minyak masak (guna minyak jagung),
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 cawan susu pekat manis,
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat,
  • 1 sudu kecil baking powder,
  • 4 biji telur,
  • 1 sudu kecil esen vanilla,
  • 250g cream cheese.
Bahan hiasan :
  • Almond hiris,
  • Coklat rice.
Cara-cara :
  1. Mula-mula masak gula, serbuk koko, minyak masak, susu cair, dan susu pekat di atas api yang kecil sehingga sebati.
  2. Kemudian ayak tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder.
  3. Seterusnya pukul telur dengan esen vanila sehingga kembang (masukkan dalam blender sampai nampak macam buih-buih putih).
  4. Kemudian, masukkan bahan yang diayak dan telur yang dipukul tadi ke dalam bahan yang dimasak tadi perlahan-lahan dan kacau/pukul sehingga sebati.
Bahan lapisan cheese :
  • 250g cream cheese,
  • 2 sudu gula halus,
  • 1 sudu tepung gandum,
  • 1 sudu air,
  • 1 biji telur.
Cara-cara :
  1. Pukul cream cheese dengan telur, gula, tepung gandum, dan air.
  2. Bahagikan coklat kepada 2 bahagian, kukus lapisan coklat yang pertama selama 15-20 minit.
  3. Kemudian masukkan cream cheese dan kukus lagi 15 minit.
  4. Akhir sekali masukkan lebihan coklat tadi dan kukus lagi 20 minit atau sehingga masak.
  5. Letak topping kek dengan coklat masakan menggunakan kaedah double boiled, kemudian hiaskan.

Resepi Brownies Coklat Lapis Cheese Raya

Imej via Facebook

Mana kuih raya yang sudah habis dan tidak tahu hidang apa untuk tetamu boleh buat kek ini semudah ABC. Sedap yang teramat sangat. Biarkan semalaman dalam peti bila ingin makan baru keluarkan. Rasa dia tidak terkata sedapnya. Resepi dikongsikan oleh Noor Atiqah leka di laman Facebook.

Bahan-bahan A :
  • ½ cawan gula,
  • ½ cawan susu pekat,
  • 1 cawan susu cair,
  • 1 cawan minyak,
  • 1 cawan serbuk koko,
    (Masak semua bahan sampai gula hancur dengan api perlahan).
Bahan-bahan B :
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1sk soda,
  • 1sk baking powder,
  • Sedikit garam.
Bahan C :
  • 3 biji telur,
  • Esen vanilla,
    (Blend sampai kembang)
Bahan Lapisan Cheese :
  • 300gm cheese,
  • 5sb susu pekat,
  • Sebiji telur,
  • 1sb tepung gandum,
  • 1sk baking powder,
  • Esen vanilla,
    (blend hingga berkrim)
Cara-cara :
  1. Tuangkan bahan B dan C ke dalam A secara selang seli. Gaul sebati.
  2. Kukus separuh adunan kek coklat selama 20 minit.
  3. Tuangkan lapisan cheese, kukus lagi 20 minit.
  4. Keluarkan, tuang baki adunan kek. Kukus lagi 30 minit.

Resepi Brownies Coklat Lapis Cheese Lazat

Imej via Facebook

Sesiapa yang sudah lama peram resepi tapi tidak berani buat? Hari ini baru ada mood buat. Resepi kali ini dikongsikan oleh Nor Salliza Zakaria di laman Facebook.

Bahan Kek Coklat :
  • 1 cawan tepung gandum,
  • 1 sd kecil baking powder,
  • 1 sd kecil soda bikarbonat,
  • 2 sudu besar serbuk koko.
    (ayak semua bahan di atas).
  • 2 biji telur,
  • 1/2 cawan gula halus,
  • 1/2 cawan susu cair,
  • 1/2 cawan minyak,
  • 1/2 cawan air panas,
  • Sedikit esen vanilla.
Cara-cara :
  1. Pukul telur dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan susu cair, minyak, air panas.
  4. Akhir sekali masukkan bahan-bahan yang telah diayak dan kacau sehingga sebati.
Bahan Lapis Cheese :
  • 250g cream cheese tartura,
  • 60g gula,
  • 1 biji telur,
  • 1 sudu tepung gandum dan 1 sudu air (bancuh sekali).
Cara-cara :
  1. Pukul cheese dan gula.
  2. Masukkan telur, tepung gandum yang telah dibancuh tadi dan kacau sehingga sebati.
  3. Kukus lapisan kek coklat sampai masak, kemudian tuang lapisan cheese dan kukus semula. Buat selang seli.
  4. Jika sudah siap kukus boleh hias ikut citarasa masing-masing.

Brownies Kukus Coklat Cheese Lazat

Imej via Facebook

Brownies ini boleh dijadikan bekal untuk bercuti. Nurulhuda Radzi berkongsi resepi lazat dan mudah ini di laman Facebook. Sila cubakan brownies lembut ini.

Bahan-bahan :
  • 1 cawan gula*,
  • 1 cawan susu cair*,
  • 1 cawan koko*,
  • 1 cawan minyak*,
  • 1/2 cawan susu pekat*.
Bahan B :
  • 3 biji telur (A).
Bahan C :
  • 1 cawan tepung naik sendiri.
Bahan untuk cheese :
  • 250gm cream cheese*,
  • 60gm gula castor*,
  • 25 gm tepung gandum*,
  • 25 gm susu segar*,
  • 1 biji telur.
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. Bila sudah sebati tutup api dan biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu.
  3. Terus masukkan bahan A, kacau hingga sebati.
  4. Masukkan pula bahan C dan kacau sampai sebati.
  5. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak.
  6. Kemudian diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
  7. Setelah itu, tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.
  8. Siap angkat dan sejukkan baru diterbalikkan.
    *Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.
Cara membuat adunan cheese :
  1. Pukul semua yang bertanda kecuali telur, sampai gebu.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi sampai sebati.
  3. Siap dan boleh dikukus semuanya.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Brownies Kukus Lapis Cheese, kami juga menulis resepi menarik lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa Like dan Share resepi in ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.