Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Himpunan Resepi Brownies Dengan Pelbagai Cara dan Mudah!

Brownies merupakan kek coklat yang datang dalam pelbagai bentuk. Jika dilihat permulaan brownies mempunyai kedutan ini yang membuatkanya berbeza dengan kek coklat. Topping brownies juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda.

Pada yang tak tahu brownies juga merupakan kek bantat. Seringkali kita lihat brownies menjadi tarikan pada majlis keraian. Mungkin disebabkan saiz kecil dan ramai boleh menikmatinya. Paling mendapat perhatian tentulah brownies kedut. Bukan senang untuk mendapatkan tekstur atau rupa brownies kedut ini. Ada tips yang akan dikongsikan. Jika anda craving dengan brownies resepi ini untuk anda.

Resepi Brownies Kedut

Brownies kedut merupakan brownies yang cukup popular. Lagi berkedut tekstur brownies lagi sedap bila dimakan. Kalau anda nak cuba resepi brownies kedut boleh cuba resepi dari Siti Fatimah Mohd Adam ini.

Bahan-bahan

  • 85gm butter
  • 170gm coklat masak

Double boilkan smpai cair ketepikan bila dah suam

  • 2bj telur
  • 140gm gula kastor
  • Esen vanila

Kacau manja

  • 100gm tpg gndum + 1/4 cwn srbuk koko + 1/4 camt baking powder + garam

Ayakkan

Cara Penyediaan

  1. Dah pukul manja telur tadi, masukkan coklat yang dah cair kacau sebati dan masuk tepung sikit sampai habis.
  2. Sapu majerin pada loyang dan bakar suhu 150°c 30mnt.
  3. Dah masak biar dalam oven dulu, buka sikit pintu oven untuk dapat hasil kedutnya.
  4. Dalam 5mnt baru keluarkan,

Resepi Brownies Cookies

Untuk yang tidak suka kek brownies, anda boleh cuba brownies cookies ini. Tesktur rangup dan kurang manis ini memang sedap. Jom baca resepi dari Ana Mohd yang berkongsi resepi di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • 2 biji telur gred A + 120g gula aising(ayak)
  • Ayak 75g tepung gndum + 25g tpng jagung.
  • Cairkn 240g dark choc beryls + 80g butter/marjerin.

Cara Penyediaan

  1. Kacau sebati secara perlahan.
  2. Masuk dalam adunan telur tadi kacau sebati secara perlahan.
  3. Tuang adunan yang masih panas ke dalam telur tadi.
  4. Adunan masuk dalam piping bag sementara itu panaskn oven 140-150°c (depends pada oven masing-masing).
  5. Pipe atas macaroon mat. Boleh letak kekacang jika suka.
  6. Bakar selama 20-30min.

Tips

  1. Telur pastikan yang baru.
  2. JANGAN dedahkan baki adunan pada udara.

Resepi Shiny Crust Brownies Tanpa Mixer

Jika anda craving nak makan brownies tapi tiada mixer di rumah bukan lagi jadi satu masalah. Resepi dari Ila Ila ini anda boleh cuba kerana tidak menggunakan mixer tapi masih lagi mengekalkan tekstur dan rasa yang sama.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 150 gr Dark chocolate
  • 50 gr mentega
  • 40 ml minyak

Bahan B

  • 2 butir telur
  • 150 gr gula halus (guna gula castor & blend sampi halus macam gula icing)

Bahan C

  • 100 gr tepung gandum
  • 35 gr serbuk koko

Cara Penyediaan

  1. Double boil bahan A. Bila dah cair, biarkan sejuk. Mesti sejukkanya.
  2. Panaskn oven suhu 160.
  3. Kacau bahan B guna whisker sampai gula betul-betul hancur & larut dalam telur. Gula mesti hancur. Bila rasa guna tangan dah tak ada ketulan gula.
  4. Masukkan adunan coklat+butter yang dah sejuk tadi ke dalam adunan telur. Kacau rata.
  5. Last masukkan tepung. Kaup balikkan guna spatula. Masuk dalam loyang 8″ x 8″ yang dilapik baking paper.
  6. Adunan memang pekat likat.
  7. Bakar suhu 150 40min atau sampai masak (saya bakar suhu 160 10min), Selepas itu turunkn kepada suhu 150 sampai masak).
  8. Pada 10-15min yang pertama dah boleh nampak kilat permukaan brownies. Bila brownies hampir masak, kedut akan timbul. Dah masak, boleh terus keluarkan dari oven.
  9. Biarkan sejuk di luar bila dah sejuk lagi cantik kedut potong waktu dah sejuk.
  10. Siap.

Resepi Brownies Walnut

Brownies walnut juga menjadi piihan ramai, ini kerana kombinasi walnut dan brownies cukup serasi. Satu memang tak cukup lah orang kata. Jom baca resepi dari Benjie Afiq ini.

Bahan-bahan

  • *300g dark coklat
  • *100g milk coklat
  • *150g butter

Bahan tanda * campur dan double boil

  • 100g gula perang
  • 50g gula halus
  • 3bj Telur
  • 1sk Esen vanila

Camour semua kacau ringan

  • 100g tepung selfrising
  • 4sb susu tepung
  • 3sb serbuk koko

Ayakkan

Walnut ikut suka banyak mana, potong kecil sikit

Cara Penyediaan

  1. Bahan tanda * masukan ke dalam bahan campuran gula + telur, selepas itu kacau sebati sahaja.
  2. Dah kacau sebati masukkan tepung sikit-sikit sampai sebati.
  3. Masukkan walnut dan gaul.
  4. Masuk dalam loyang yang dialas dengan kertas,
  5. Bakar suhu 165 masa 35minit,

Resepi Super Dark Brownies

Buat penggemar dark chocolate, anda boleh cuba resepi dari Juraini Kadir ini. Dark chocolate rasanya lebih kuat rasa coklat dan kurang manis. Jom ikuti resepi ini.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 400 gm dark chocolate compound (van houten, beryls atau lecker) ini saja yag saya guna

(beli yg jenis coin senang nak boil)

  • 135 gm butter

Double boil semua bahan diatas sehingga semuanya cair dan sebati

Sejukkan sebentar

Sementara bahan A sebati kita sediakan bahan bahan B

Bahan B

  • 220gm tepung naik sendiri diayak (saya guna tepung mfm)
  • 50gm serbuk koko dark brown
  • 10gm serbuk koko super black
  • Sedikit baking soda (cukup kuantiti hujung sudu saja)

Satukan bahan diatas. Gaul sebati.

Bahan C

  • 140 gm gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar vanilla paste

Cara Penyediaan

  1. Campurkan semua bahan C, kacau guna whisk sahaja hingga sebati.
  2. Masukkan bahan A agak suam, kacau sebati
  3. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sehingga habis kesemua bahan.
  4. Griskan loyang dgn minyak masak atau shorthening.
  5. Lapikkan dgn kertas, pastikan kertas tepi tinggi sedikit dari loyang utk memudahkan brownies dikeluarkan setelah masak.
  6. Masukkan adunan dlm loyang saiz 10″.
  7. Pastikan oven telah dipanaskan 10 min awal sebelum adunan dimasukkan.
  8. Bakar suhu 120c selama ½ jam atau mengikut suhu oven masing-masing.
  9. Biasa kalau brownies dah nak masak akan naik bau wangi, bole la cucuk dgn lidi tengok .kalau masih melekat lagi tepungnya biarkan sekejap lagi.
  10. Saya suka brownies yang lembut, jadi masak tak lama ada sesetengah suka brownies yang agak kering dan liat bolehlah biarkan lama sikit dalam oven.

Tips

  • Pastikan brownies sejuk baru dikeluarkan dari loyang supaya kedutan terletak cantik dan tidak terbuka.
  • Pisau hendaklah disimpan dalam peti beku sebelum memotong brownies supaya potongan lebih kemas dan cantik.
  • Brownies saiz 10″ ini boleh dipotong sehingga 100 slice dgn potongan 1″ x 1″.
  • Boleh dihias dengan topping peanut, chocolate cuppucino, dark choc atau apa saja topping kesukaan anda.
  • Untuk memudahkan deko, double boilkan coklat atau peanut dengan sedikit minyak masak supaya smooth untuk kita decorate takda lah sakit dengan nak pipe coklat keras atau coklat panaskan. Alternatifnya kita tambah sedikit minyak masak.

Resepi Brownies Sukatan Cawan

Resepi brownies yang ini adalah sukatan cawan dan 100% menggunakan gula perang. Resepi ini mudah untuk begginer yang ingin baru nak buat brownies. Jom baca resepi dari Syaz Mira.

Bahan-bahan

  • 180 gram brown sugar (1/2 cawan + 1/2 cawan )
  • 90 gram butter / marjerin (1/2 cawan)
  • 90 gram tepung gandum (1/2 cawan)
  • 90 gram choc coin (1/2 cawan)
  • 40 gram coco powder ( kalau tak ada sudu metrix, 3 sudu makan serbuk koko)
  • Esen vanilla
  • 2 biji telur size B

Cara Penyediaan

  1. Double boil brown sugar dan butter sampai gula mencair sikit.
  2. Gula dah separa cair, masukkan telur dan esen vanilla dan kacau sebati masa ni kena hati-hati ye, takut telur jadi telur hancur.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum, serbuk koko dan kacau sebati.
  4. Baru masukkan chocolate coin dan kacau sebati.
  5. Lapik loyang 7 inch dengan baking paper bakar 180` dalam 30 minit.
  6. Dah siap tu, terus bawa keluar oven dan sejukkan baru tarik keluar dari loyang.

Resepi Brownies Chewy dan Moist

Siapa yang suka dengan tekstur brownies yang moist dan penuh rasa coklat anda perlu ikuti resepi ini. Tekstur brownies ini apabila dimakan rasa lembut dan rasa coklat yang penuh. Jom baca resepi dari Iezza Haniez.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 1/2 cawan dark chocolate
  • Suku blok butter atau margerin 4 sudu

(Double boil sehingga cair)

Bahan B

  • 2 biji telur gred A
  • 1 cawan brown sugar
  • esen vanila

(Kacau slow sehingga sebati, jangan kacau kuat. kacau sekejap sahaja sehingga gula agak larut)

Bahan C

  • 1 cawan tepung gandum (ayak)
  • Secubit garam
  • 2 sudu serbuk koko atau milo (ayak)

Cara Penyediaan

  1. Cairkan coklat dengan kaedah double boil.
  2. Mix bahan B dan masukkkan ke dalam coklat yang masih panas, kacau sebati kacau perlahan sahaja.
  3. Masukkan bahan C kedalam adunan coklat tadi kacau sekadar sebati sahaja guna whisk
  4. Masukkan coklat milk beryls coin atau coklat chunks setengah cawan dalam adunan. Gaul sekadar sebati sahaja.
  5. Sapu butter pada loyang dan baking paper.
  6. Tuang adunan dalam loyang. bakar 160c 25 min.*bergantung oven.

Resepi Cheese Brownies

Buat penggemar cheese, resepi brownies cheese ini untuk anda. Resepi dari Ina Isnaira ini menjadikan cheese sebagai topping brownies rasa masin dan lemak cheese cukup sempurna.

Bahan-bahan

  • 250g butter
  • 1 cwn serbuk koko
  • 3 biji telur gred B
  • 1 1/2 cwn gula castor
  • 1/2 cwn susu cair
  • 1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp soda bikarbonate
  • 1 tsp esen vanilla

Bahan lapisan cheese

  • 250g cream cheese
  • 1 cwn gula castor
  • 1 biji telur gred B

Cara Penyediaan

  1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
  2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
  4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
  5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10″ x 10″ dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
  6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
  7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan lapisan cheese

  1. Pukul cream cheese hingga gebu.
  2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven.
  4. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa.
  5. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak.
  6. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Resepi Brownies Bites

Resepi brownies bites ini memang menjadi pilihan anak-anak, kerana size yang kecil dan mudah untuk dimakan, Topping walnut sebagai penyeri tambahan. Resepi brownies bites ini oleh Ana Mohd.

Bahan-bahan

  • 200g dark choc (beryls)
  • 90g butter @ marjerin

***double boil cairkan

  • 80g tpng gndum
  • 30g serbuk koko

Kacau manja

  • Telur 2biji gred B
  • 90g gula perang (manis sedg, nak mnis tambh jadi 100-110g)

Cara Penyediaan

  1. Masuk coklat yang masih panas dalam telur. Kacau sebati. Masuk tepung dan kacau perlahan. Dah siap. Terus masuk piping bag.
  2. Terus pipe masuk dalam cup (ana guna yang sz 9cm) letak separuh sebab nanti brownies naik dan letaklah topping apa-apa suka choc chip/almond/gajus.
  3. Bakar suhu 170 selama 15-20min.
  4. Untuk saiz cup tu dpt lbh kurg 32biji.*kalau tak suka rasa pahit, guna milk coklat,
  5. Tak ada brown sugar, boleh guna gula kastor,

Resepi Tart Brownies

Selalu kita lihat tart nenas kan, tapi kali ini resepi dari Nur Amira adalah tart brownies. Cukup kreatif kan? Tekstur kerak tart yang rangup dan brownies yang chewy ini pasti membuatkan anda jatuh hati. Jom baca resepi ini.

Bahan-bahan

Shell Tart

  • 1bji buttercup(250g)
  • 1cawan tepung naik sendiri
  • 3 3/4cawan tepung gandum
  • 1bji telur gred A
  • 3/4cawan gula castor
  • 1sdt esen vanilla

Brownies

Bahan A

  • 135g butter
  • 225g coklat masakan

Bahan B

  • 3biji telur
  • 220g gula castor
  • 1sdt esen vanilla

Bahan C

  • 3biji telur
  • 220g gula castor
  • 1sdt esen vanilla

Cara Penyediaan

Shell Tart

  1. Pukul butter dgn gula mgunakan senduk smpi sebati
  2. Masukkan esen vanilla n telur pukul lagi sebati.
  3. Masukkan secawan tepung naik sendiri dann 3cawan tepung gandum.
  4. Uli menggunakn tangan sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum terakhir sikit demi sedikit,
  6. Uli sehingga menjadi doh tak mlekat pada tangan.
  7. Masukkan doh ke dalam bekas kedap udara dan simpan fridge semalaman.
  8. Tekap pada acuan dan cucuk garfu bakar suhu 180c selama 10-20min.
  9. Dah sejuk baru keluarkan dari acuan.
  10. Bakar agak kekuningan sebab nak bakar lagi sekali.
  11. Untuk dapatkan kulit tart yang rangup simpan doh dalam fridge sekurang-kurangnya semalaman doh yang telah disimpan semalaman lebih rangup dan wangi,

Brownies

  1. Cairkn bahan A dalam oven.
  2. Pukul bahan B sampi gula larut.
  3. Ayak bahan C kemudian campur ke bahan A adunan tadi, gaul sebati.
  4. Akhir sekali pipe kan adunan brownies ke shell tart, jangan penuh dan tabur topping yang anda suka.
  5. Saya letak butterscoth chip dan almond slice bakar selama 20-30min suhu 180c atau sehgga masak bergantung oven masing-masing.
  6. Untuk dapatkan effect kedut berkilat guna choc beryl’s, sukat betul dan bkar api atas bawah,
  7. Untuk rasa yang mewah guna pure butter.
  8. Selepas bancuh pipekn terus bakar, kalau biarkan nanti tak jadi kedut,

Resepi Menarik Yang Lain

Banyak lagi resepi menarik yang kami telah sediakan untuk anda cuba sendiri. Rugi tak baca. Terima kasih juga kerana sudi baca perkongsian resepi kali ini, Jangan lupa share ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!