Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Sarang Semut (Biskut Sepanjang Zaman)

Resepi kali ini,bolehjadi telah lama dalamsejarah pembuatan biskut. Terutama dikalangan orang Melayu, kerana biskut ini paling senang ditemui di hari raya. Pembuatannya sangat mudah,namun rasa biskut ini sememangnya dapat memikat hati orang yang menikmatinya.

Resepi ini sangat mudah dan murah. Oleh kerana bahan-bahannya juga mudah didapati dan ia juga tidak memerlukan mesin untuk diadun jadi sesiapa sahaja mampu membuatnya. Lebih menarik, anda juga boleh mencuba untuk menjualnya jika ada permintaan.

Sudah tentu ada permintaan,jika anda menguna resepi ini. Ini kerana ia telah terbukti sedap dan mudah. Madam bawakan resepi hari ini,kerana ia memang diguna untuk membuat biskut raya. Jom lihat bahan-bahannya

Resepi Biskut Sarang Semut

Bahan-bahan

A

  • 250g butter
  • 100g gula aising

B

  • 350g tepung gandum
  • 100g tepung jagung
  • Ayak kedua-duanya

C

  • 1biji kuning telur
  • esen vanila
  • 1sudu teh pewarna kuning telur.

D

  • Chocolate rice
  • Kaedah
  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula aising sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur kuning dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Sagat adunan ini,kemudian letakkan didalam paper cup saiz mini.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c.

Apabila biskut telah siap dibakar,sejukkan ia diatas redai. Kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara. Kualiti bahan-bahan seperti butter dan coklat rice, boleh mempengaruhi rasa biskut ini. Sesetengah orang menggunakan marjerin seperti Planta, ia juga sedap. Ia mempunyai rasa yang cair dimulut, rangup ditangan.

Jadi anda harus mencuba resepi ini, kerana anda dapat mengawal rasanya sendiri. Bagi Madam penggunaan Planta akan mengimbau kenangan berhariraya semasa zaman kanak-kanak.

Oleh itu anda cubalah ya resepi ini. Namun selain dari itu kami juga mempunyai koleksi pelbagai resepi yang boleh dicuba.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!