no comments

Resepi Biskut Coklat Cip (Paling Sedap Dan Pasti Jadi)

Resepi biskut kali ini, boleh jadi antara resepi kukis paling terkenal. Anda boleh mencari merata-rata diinternet atau didalambuku resepi. Namun begitu untuk mencari satu resepi yang benar-benar menghasilkan rasa yang anda sukai,mungkin mencabar.

Oleh itu, seperti anda Madam juga tercari-cari satu resepi kukis coklat cip yang sedap,atau yang kena dengan tekak. Madam mencuba beberapa resepi dengan teknik yang berlainan. Dan juga dengan bahan-bahan yang sedkit berbeza.Riupa-rupanya kukis ada jenis rangup, dan juga ada jenis lemau. Bukanlah lemau seperti masuk angin ya,cuma kukisnya lebih bercoklat. Yang juga sangat sedap.

Namun akhirnya selepas mencuba beberapa resepi,Madam temui resepi ini yang akan dikongsikan hari ini,ia adalah antara yang terbaik pernah Madam cuba. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Biskut Coklat Cip (Jenis Rangup)

Bahan-bahan

A

  • 125 g butter
  • 35 g shortening
  • 50g gula castor
  • 150g brown sugar

B

  • 1 biji telur
  • ½ esen vanila

C

  • 250g tepung gandum
  • ½ sudu teh garam
  • ¾ soda bikabornat
  • Ayak dahulu

D

  • 150 coklat cip
  • 50g badam hancur (almond nib)
  • 50g badam kisar (ground almond)
  • Bakar semua jenis kacang dahulu

Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 160c sekurang-kurangnya 10minit.
  • Dengan guna spatula atau senduk kayu,gaulkan butter dan gula sehingga berwarna putih/pucat.
  • Masukkan telur dan gaul sebati. Tambah esen vanila
  • Akhir sekali masukkan bahan-bahan C
  • Gaul rata semua bahan agar sebati dan mesra.
  • Tambahkan bahan-bahan D.
  • Dengan menggunakan sudu,letakkan sesudu adunan untuk sekeping biskut.
  • Bakar selama 20 min pada suhu 160c..

Apabila biskut telah siap dibakar,sejukkan ia diatas redai. Kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara. Kualiti bahan-bahan seperti butter dan coklat cip, boleh mempengaruhi rasa kukis ini. Kata orang bijak pandai “biar alah membeli,menang memakai”. Kacang-kacang juga perlu dibakar dahulu,supaya ia lebih harum.

Jadi anda harus mencuba resepi ini, kerana anda dapat mengawal kualitinya sendiri. Mungkin anda dapat membuat kukisyang lebih sedap dari yang dijual dikedai.

Jadi jangan lupa mencuba ya kerana kami juga mempunyai koleksi pelbagai resepi yang boleh dicuba.

Reply