Resepi Biskut Coin (Resepi Guna Telur Putih)

Resepi kali ini adalah resepi biskut yang sangat sesuai sebagai snek atau hidangan di hariraya. Resepi ini sangat ringkas kerana ia menggunakan telur putih sahaja. Sebenarnya bilamembuat krim kastad atau kek karamel ada lebih putih telur yang membuat kita tidak tahu hendak buat apa dengannya.

Oleh itu Madam selepas membuat tiramisu baru-baru ini, mempunyai telur putih yang disimpan dalam peti ais tercari-cari resepi yang sesuai agar telur putih itu dapat digunakan. Kebetulan semua bahan telah ada didalam simpanan kerana sememangnya Madam sedia menyimpan untuk tempahan orang.


Biskut ini Madam namakan Biskut Coin kerana ia berbentuk bulat dan leper seperti wang syiling. Jadi sebelum kita bercerita lebih lanjut, mari lihat bahan-bahan dan resepinya.

Resepi Biskut Coin (Resepi Guna Telur Putih)


Bahan-bahan

  • 125g butter salted (guna yang pure)
  • ½ cawan gula halus
  • 3 biji telur putih.
  • ¼ sudu teh essn vanila
  • 1 cawan tepung


Kaedah

  • Panaskan oven pada suhu 170c sekurang-kurangnya 10 minit.
  • Pukul butter dulu hingga ia pucat.
  • Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit agar semua bahan sebati.
  • Bila adunan telah sebati masukkan telur putih juga sedikit demi sedikit.
  • Masukkan essn vanila. Pukul lagi.
  • Akhir sekali masukkan tepung gandum, dengan mesin jadi masukkan ia sedikit demi sedikit agar tepung berterbangan. Juga agar ia lebih sebati.
  • Masukkan bancuhan adunan ini didalam piping bag dan paip didalam lapik acuan macaron
  • atau paip terus diatas kertas minyak.
  • Bakar pada suhu 170c selama 15-20minit. Sejukkan diatas redai sejurus ia siap.

Adunan ini akan dapat lebih kurang satu botol kecil. Biskut ini mempunyai rasa yang sangat rangup dan berlemak. Ia mirip butter cookies, namun oleh kerana ia jauh lebih cair jadi ia mempunyai rupa yang terhad. Dalam gambar ini Madam menggunakan lapik macaron sebagai acuannya.

Selepas sejuk anda boleh simpan ia didalam bekas kedap udara. Enak dinikmati pada bila-bila masa atau sebagai hidangan untuk tetamu anda. Jadi jangan lupa mencuba ya.

Resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda juga. Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini.

Give a Comment