Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Biskut Cerelac

Kalau nak tahu macam mana nak buat biskut cerelac, jom kita baca sampai habis. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

  • 1 kg tepung gandum
  • 1 bungkus tepung kanji (starch/tepung ubi kayu) = 400g
  • 1 cwn setengah gula halus
  • 1 buku butter = 250g
  • 500gm minyak sapi
  • Susu Nespray

Untuk salut luar biskut: 1 cawan Nestum Beras Cerelac (tin warna biru) + 1/2 cawan susu nespray (gaulkan)

Resepi Biskut Cerelac

Cara-cara:

  1. Campurkan minyak sapi dan butter dan gula halus dan pukul hingga kembang.
  2. Ayak tepung gandum dan tepung kanji
  3. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaulkan ke dalam minyak sapi dan butter tadi, gaul hingga lembut.
  4. Canai dan terap dgn acuan yg dikendendaki (biasa kat Sabah guna acuan bentuk bunga tuh)
  5. Bakar dalam over macam biskut biasa
  6. Bila dah masak, gaulkan biskut dengan campuran Nestum cerelac beras + susu nespray itu tadi. SIAPPP!!!
https://twitter.com/Emaimaisarahchu/status/1132511211755528192

Saya canai bentuk bunga. Bila masukkan tepung, masuk sikit2 dan sampai doh dah boleh dicanai. Tp jgn bagi doh keras, nanti biskut tak rangup. Biar asal boleh dicanai jek, sy tak habiskan pun tepung coz doh dah ok dan lagipun sy guna Ghee 400g jek masa buat tadi.

TypeDeveloped by
Instant cerealHenri Nestlé

Tips

  • Bila adunan terlalu keras tambahkan minyak sapi, kalau terlalu lembut tambahkan tepung.
  • Kalau nak sedap guna pure ghee tau.

Selamat mencuba yea kengkawan. Hari tu plan nak buat almond london, dah siap dah 2 balang (sebalang dah HILANG). Pahtu dah beli bahan2 tuk buat tart nenas jugak, pahtu nak buat kuih makmur gak, tetiba kakak ipar sy kasi resepi ni. Harus le kan buat kuih kegemaran sy ni jugak. Aduhhhh…terlebih sudah. Padahal kat Rompin, dorang tak makan sgt biskut2 ni. Buat ni lebih kepada belajar buat biskut je le. Adunan ni menghasilkan 4 balang kuih raya, agak banyak jgklah, kalo nak sikit aje boleh buat separuh adunan sahaja. Sy mmg suke kuih raya yang berasaskan susu ini. Antara kuih raya yang saya buat setiap tahun untuk diri sendiri. 🙂

https://twitter.com/__meymey/status/1005443850607869952

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!