Resepi Tradisional, Moden & Terkini

5 Resepi Biskut Almond London Pelengkap Hidangan Hari Raya

author name

Biskut almond london ini memang sinonim kan dengan Hari Raya. Dah macam satu hidangan wajib untuk tetamu biskut almond london. Boleh tahan juga kan kalau nak beli di luar. Ye lah harga barang dah naik sebab itu biskut raya pun sama naik harga. Tapi jangan risau resepi kali ini kami nak kongsikan resepi biskut almond london untuk anda.

Tak semestinya nak makan biskut almond london kita nak kena tunggu hari raya kan? Kalau anda craving anda boleh cuba resepi yang kami nak kongsikan ini, pelbagai cara dan versi yang anda boleh cuba mengikut kesesuaian anda.

1. Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan

Resepi biskut almond london menggunakan sukatan cawan, lebih mudah untuk membuat sukatan apabila membuatnya. Resepi dari Erma Azizie.

Bahan-bahan

  • 1 buku butter (250gm)
  • 1cawan gula halus
  • 1 cawan tpg beras
  • 1 cawan tpg jagung
  • 2 cawan tpg gandum
  • 1/2 cawan badam kisar (saya guna badam nib, bakar hingga perang, sejukkan & kisar) – boleh juga guna serbuk badam
  • 1 sudu teh emplex
  • 150biji badam biji (bakar 10 minit)
  • paper cup hitam
  • Coklat masakan
  • Pencair coklat (cocoa butter) teksturnya macam lilin..

Bahan hiasan

  • Badam cincang / coklat urai /gula manik

Cara Penyediaan

  1. Pukul butter & gula guna senduk kayu hingga sebati, masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar sampai jadi doh..
  2. Gentel2 kecil2 & masukkan badam biji di tengah.
  3. Bakar 15 minit 160° ikut oven masing-masing. Dah sejuk boleh celop dalam coklat & masukan dalam cup & hias guna manik / gula urai.

Note :

  1. Cairkan coklat guna kaedah double boil & ditambah sedikit pencair coklat.
  2. Tujuan pencair coklat adalah supaya coklat tak lekat terlalu banyak pada biskut & bila dah keras, permukaan coklat tu akan lebih licin.
  3. Dicadangkan menggunakan paper cup berwarna hitam, supaya tidak kelihatan comot pada paper cup.
  4. Lepas dah masukkan biskut dalam paper cup & dah hias atas biskut, masukkan sebentar biskut dalam peti sejuk, supaya coklat cepat mengeras & boleh la dimasukkan ke dalam balang.

2. Resepi Almond London Kesukaan Ramai

Resepi biskut almond London ini memang menjadi kesukaan ramai, rugi kalau anda tak cuba resepi dari مياي ادهارسلي.

Bahan-bahan

  • 250gm butter
  • 100gm gula icing
  • 2 biji kuning telor
  • 450gm tpg gandum
  • Sedikit baking powder – ayak bersama tepung
  • 1/2 cwn cornflakes dikisar halus
  • 1 st esen vanilla
  • Buah badam yang dipanggang
  • Badam cincang untuk hiasan disangai

Cara Penyediaan

  1. Pukul manja butter sedikit kembang. Masukkan gula pukul lagi.
  2. Masukkan kuning telur sebiji sebiji + esen vanilla gaul sebati.
  3. Masukkan cornflakes gaul sebati masukkan tepung sedikit sambil gaul. Adunan mesti lembut.
  4. Bulatkan dan letakkan badam dan boleh dibentukkan sama ada bulat atau pon bujur.
  5. Bakar kekuningan dalam suhu 160 selama 25 minit ikut oven masing-masing.
  6. Apabila dah masak ketepikan dahulu biar sejuk seketika.
  7. Masak secara double boil coklat + shortening @ butter.
  8. Celup biskut tadi dan di tabur badam cincang yang telah di sangai kekuningan.

3. Resepi Biskut Almond London

Resepi biskut almond london ini satu adunan boleh dapat sebanyak 168 biji. Banyak kan? Boleh buat untuk idea jualan. Resepi dari Siti Hajar Hashim.

Bahan-bahan

  • 250gm buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula aising
  • 2 cawan tepung jagung
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1/2 cawan serbuk badam/almond ground
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Badam biji secukupnya/160-170biji(bakar dulu)

(bakar dalam oven selama 20 minit)

  • Papercup
  • Coklat masakan 500gm
  • 2 sudu besar cocoa butter
  • Badam cincang(bakar dulu)

Cara Penyediaan

  1. Satukan buttercup, gula aising, kuning telur & esen vanila dalam bekas kacau sebati guna senduk kayu.
  2. Masukkan serbuk badam, tepung jagung & tepung beras last sekali masukkan tepung gandum tepung gandum masukkan sedikit agak doh dah ok tak perlu habiskan kalau doh masih lembik tambah tepung gandum sikit.
  3. Ambil doh,lvetakkan badam biji bentukkan bujur buat hingga habis.
  4. Bakar dalam oven selama 20-25minit guna api atas bawah suhu 180c @ ikut oven masing-masing.
  5. Biarkan biskut sejuk dahulu.
  6. Seterusnya cairkan coklat masakan secara double boiler masa cairkan coklat tu, tambah 2 sudu besar cocoa butter celup biskut yang dah sejuk tadi celup & masukkan dalam papercup tabur badam cincang simpan dalam peti ais selama 5-10minit.
  7. Bila coklat dah keras keluarkan dari peti ais simpan dalam bekas @ balang.

4. Resepi Biskut Almond London Tanpa Mixer

Resepi yang dikongsikan oleh Fazilah Zakaria ini sesuai untuk anda yang tiada peralatan lengkap untuk membaking seperti mixer. Mudahkan?

Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 cwn buttercup
  • 3/4 cwn gula ising
  • 1 biji kuning telur
  • 1sudu kecil esen vanila

Bahan B

  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 3 sudu besar serbuk badam

Bahan C

  • 2 cwn coklat masakan (guna beryl’s yg coin) guna kaedah double boiler

*Kacang badam panaskan dulu dalam oven 150c selama 15mnit

Cara Penyediaan

  1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu tak pukul lama kemudian masukkan bahan B sikit sambil uli kalau lembek boleh tambah tepung kalau keras boleh bubuh sikit butter uli jangan lama sampai doh tak melekat pada tangan sahaja. Gentel masukkan 1biji kacang badam ikutlah nak besar mana.
  2. Bakar suhu 170c selama 25mnit.
  3. Tunggu biskut sejuk dulu dah sejuk boleh celup dalam coklat sejukkan coklat bagi keras sikit dan masukkan dalam balang.

5. Resepi Biskut Almond London Azlina Ina

Buat si baker siapa yang tak kenal dengan azlina ina kan, memang semua resepi yang dibuat oleh beliau pasti menjadi ikutan dan viral. Resepi almond london ini beliau menggunakan coklat beryls sebagai toppings. Menarik kan? Jom cuba resepi dari Puan Nurul Hairi.

Bahan-bahan

  • 500g kacang badam

Cara Penyediaan

  1. Bakar suhu 120-130 30mnt.
  2. Sejukkan.
  3. Bakar kali kedua 120-130 30 mnt.
  4. Sejukkan.
  5. Bakar last sekali 170 masa 15-20 mnt sampai nampak kulit almond pecah ok ketepikan biar sejuk gerenti cara almond tak lemau.

Bahan-bahan

  • 250g pure butter
  • 1 cawan gula icing
  • Esen vanilla 1sk
  • 1 biji telur

Cara Penyediaan

  1. Satukan dan kacau rata bahan kat atas.
  2. Dalam 1 bowl satukan dan gaul sebati.

Bahan-bahan

  • 2 +-cawan tepung gandum cap rose atau bakers choice
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan nestum kisar
  • 1/2 cawan serbuk badam
  • 1 1/2sdk baking powder
  • 1sb tepung beras

Cara Penyediaan

  1. Bahan yang dikacau tadi masukkan campuran tepung semua sikit sampai habis pastikan sambil uli dan dapat doh yang lembut dan sempurna.
  2. Kacang almond nib hiasan bakar sekejap.
  3. Siap doh boleh isi dan gentelkan dengan almond sebiji tadi. Susun atas loyang dan bakar suhu 180 masa 25 hingga 30 minit atau perhatikan bawah almond london kalau dah perang maksud dah masak sempurna ya.
  4. Biarkan sejuk baru cairkan coklat dibawah double boil.

Bahan Choc Celup

  • 1 kg choc beryls + 3 sb coco butter
  • cair kan tambah 2 sb nutella kacau sebati

Cara Penyediaan

  1. Bila dah salut almond masuk dalam paper cup dan tabur almond nips.
  2. Dan boleh la masuk peti sekejap dah masak boleh susun.

Resepi Menarik Yang Lain

Selain biskut raya almond london ini, terdapat pelbagai lagi resepi biskut raya telah kami sediakan untuk jadikan sebagai rujukan. Selamat mencuba ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *