Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Siam ( Resepi Sarapan Pagi)

Resepi kali ini ialah resepi yang paling kerap dihidang diwaktu pagi. Sarapan berat yang tinggi karbohidrat untuk tenaga sepanjang hari. Namun kini bihun goreng menjadi salah satu pilihan menu sarapan pagi. Malah ia juga menjadi pilihan menu dimajlis-majlis.

Bihun goreng mempunyai banyak versi. Ada bihun goreng biasa,bihun goreng singapore, bihun goreng kicap, bihun goreng putih dan bihun goreng siam. Resepi ini yang akan Madam kongsikan kali ini. Resepi bihun goreng siam kerana walaupun namanya begitu, sebenarnya bahan-bahannya hampir sama dengan bahan bihun goreng biasa.

Mari lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bihun Siam ( Resepi Sarapan Pagi)

Bahan-bahan

  • Bihun sebungkus ( rendam dengan air paip)

Bahan-bahan kisar

  • Bawang besar 1 labu saiz sederhana
  • Bawang putih 2 ulas
  • Cili kering segenggam (rebus dan kisar halus)
  • Udang kering 1 sudu makan (rendam sebelum dikisar)

Bahan-bahan rencah

  • Taucu 3 sudu makan
  • Tauge 50 sen
  • Daun kucai secukupnya
  • Isi ayam dari seketul daging ayam bahagian dada
  • Udang basah 10-15 ekor

Kaedah

  • Panaskan kuali, gunting bihun yang telah direndam agar mudah untuk digaul nanti.
  • Tumiskan bahan-bahan  yang telah dikisar.
  • Tunggu sehingga naik minyak, baru masukkan udang dan ayam. Gaul rata.
  • Tambahkan garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa ( garam kurangkan sikit kerana kita akan tambahkan taucu)
  • Apabila semua telah serasi, masukkan taucu dan  gaul rata.
  • Kemudian masukkan bihun yang masih keras tadi. Tambahkan air, serta kacau agar semuanya sebati.
  • Masak sehingga bihun lembut, tambah sedikit air jika perlu. Goreng hingga semuanya mesra.
  • Bihun kini siap digoreng. Bolehlah dihidang dengan hirisan cili merah, tauhu goreng, bawang goreng dan hirisan daun bawang.
Sarapan pagi yang mengenyangkan
Rencah yang menambahkan keenakkannya

Walaupun namanya ialah bihun goreng siam, namun bahan-bahan yang digunakan tidak ada kaitan dengan negeri siam. Hanyalah perbezaan bihun goreng siam ini ialah penggunaan taucu. Taucu ini menambahkan satu aroma yang unik dan rasanya juga sedikit berbeza.

Apapun, bagi peminat bihun anda pasti akan suka pada rasanya,jadi anda haruslah mencuba resepi ini dan rasaikan perbezaannya.Terima kasih kerana like dan share. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!