Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Udang Meletop Punya Sedap

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi yang amat mudah untuk disediakan. Lazimnya bihun dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang dan disediakan menggunakan pelbagai cara. Namun yang paling kerap ialah digoreng, kerana ia adalah cara yang paling mudah dan sedap. 

 Perkongsian kali ini akan membawa kepada anda cara untuk menghasilkannya bihun goreng udang. Antara bahan yang diperlukan ialah udang kering dan udang kertas oleh kerana bihun adalah sejenis mee yang dikeringkan, jadi ia sesuai dengan rencah yang bersaiz kecil dan juga kering seperti udang kering. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan utama

  • 1  paket bihun – rendam dengan air suam (kemudian toskan)
  • 1 mangkuk udang kertas (buang kepala dan ekor)
  • Sayur seperti kobis atau sawi
  • Tauge (ikut citarasa)
  • Segenggam udang kering (rendam dan tumbuk)
  • 1 inci halia
  • 4 ulas bawang putih  
  • 5 biji bawang merah
  • Cili kering/cili api  secukupnya 
  • 2 tbs sos tiram
  • Sedikit serbuk perasa
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menumis
  • Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali dan tumiskan udang kering dahulu.
  • Kemudian masukan bahan kisar.
  • Tumis sehingga bawang kuning dan masak. 
  • Masukkan udang kertas dan tumis lagi sehingga udang bertukar warna dan masukkan bahan sos dan garam.
  • Tumis dan kacau sebati. 
  • Kemudian masukan bihun yang telah di tos tadi.
  • Goreng sehingga rata dan rasakan sekali lagi. 
  • Kalau kurang perasa boleh tambah.
  • Akhir sekali masukan daun sawi dan tauge. 
  • Kacau rata dan tutup api.
  • Sedia untuk di saji dan boleh tabur telur dadar dan daun bawang.

Bihun goreng udang ini amat sesuai bagi peminat makanan laut yang biasanya dihidangkan dengan begitu ringkas namun begitu jika anda suka anda boleh tambah kicap atau sos cili. Hidangkan bihun goreng ini bersama hirisan cili api, daun bawang dan juga telur dadar bagi menaikkan lagi rasanya. Jangan lupa untuk mencubanya sebagai hidangan minum petang anda sekeluarga. Selamat mencuba!

Resepi Menarik Lain

Terima kasih kerana melayari laman web kami. Disini ada pelbagai koleksi resepi yang telah dicuba dan terbukti menjadi.Jadi jangan lupa mencuba dan like dan share juga ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!