Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bihun Goreng Cili Api (Sarapan Pagi Untuk 2 Orang)

author name

Resepi kali ini, adalah masakan untukseorang atau dua orang makan. Ada banyak resepi goreng bihun yang boleh didapati diinternet, namun tidak banyak resepi yang menunjukkan sukatan goreng bihun untuk dua orang makan. Oleh kerana bihun dijual dalam satu bungkus yang besar yang boleh dimakan 6-7 orang.

Menggoreng bihun juga memerlukan cara yang betul, kerana jika salah masak bihun ia akan melekat-lekat kerana bihun terlalu lembik. Sebenarnya untuk mengoreng bihun anda tidak perlu rendam dengan air panas atau air suam.Cukup direndam dengan air paip sahaja. Maksudnya ketika digoreng bihun masih keras.

Baiklah, sebelum kita teruskan, mari lihat resepi ringkas ini dahulu.

Resepi Bihun Goreng Cili Api (Sarapan Pagi Untuk 2 Orang)

Bahan utama

  • Bihun suku bungkus ( terus rendam dengan air paip)

Bahan-bahan kisar

  • Suku biji bawang besar atau 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Segenggam cili api
  • Secubit ikan bilis

Bahan-bahan rencah

  • Udang 6 ekor ( pilihan)
  • Sayur sawi atau kobis
  • Garam dan serbuk perasa secukupya.

Kaedah

  • Panaskan minyak dalam 3 sudu besar.
  • Perasakan udang dengan garam, dan goreng asal bertukar merah terus alih.
  • Dengan baki minyak tumis bahan kisar, kacau agar semua mesra
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau lagi.
  • Teruskan masukkan bihun tadi yang telah ditapis.
  • Masukkan air lebih kurang secawan dan biarkan bihun lembut.
  • Sambil itu kacau agar ia tidak hangit dibahagia bawah.
  • Goreng hingga bihun masak sepenuhnya, masukkan sayur.
  • Sejurus sebelum tutup api,masukkan udang yang telah digoreng tadi.
  • Sekarang boleh lah dihidang bersama hirisan telur dadar dan cili api jika ingin lebih pedas.

/

Mudah bukan? Jika tinggal seorang dua dalam rumah tidak perlulah dihabiskan sebungkus bihun itu, bolehlah disimpan bakinya. Bihun ini antara makanan kering paling popular sebab ia mudah disimpan dan tahan lama.

Jadi anda bolehlah mencubanya hujung minggu nanti. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini ya

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Resepi Bihun Goreng Cili Api (Sarapan Pagi Untuk 2 Orang)”

  1.  Avatar
    Anonymous

    Kalau nak buat bihun goreng warna merah tu, tambah sos cili je ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *