Resepi Bening Betik Muda Masak Ringkas Tapi Sedap

Resepi berikut merupakan masakan kampung yang amat ringkas. Lazimnya masyarakat kampung amat gemar masakan ringkas kerana ia mudah dan cepat untuk disediakan. Malah khasiatnya lebih tinggi kerana sayur-sayuran seperti dalam resepi ini berdekatan rumah mereka dan amat segar.Tambahan pula masyarakat kampung berkerja sendiri,jadi mereka perlukan masakan kampung yang sedap,berkhasiat dan mudah untuk disediakan. Berikut adalah bahan yang diperlukan.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji betik muda (dikupas kulitnya dan dihiris)
  • 8 ulas bawang merah (hiris)
  • 1 sudu ikan bilis
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk halus)
  • 1 helai daun kunyit 
  • Air secukupnya untuk kuah.

Kaedah 

  • Didihkan air dalam periuk bersama bawang,ikan bilis dan betik.
  • Apabila mengelegak tambahkan garam, serbuk perasa dan lada hitam.
  • Akhir sekali masukkan daun kunyit.
  • Siap!

Kuah bening ini mempunyai rasa yang manis, sesuai untuk anak kecil atau mereka yang tidak makan pedas. Bahan-bahannya boleh anda dapati dipasar tani, dimana sayur-sayuran serta bahan masakan dari kampung dapat ditemui. Harganya juga lebih murah berbanding yang dijual di super market. Lebih segar dan lebih murah anda boleh cuba dapatkan bahan-bahannya dan sediakan masakan ini untuk keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Give a Comment