Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Bebola Ayam Homemade Campak Campak Dah Siap!

Kali ini kami bawakan resepi bebola ayam homemade khas buat anda semua. Selalunya, bebola ayam segera boleh didapati di pasaraya berdekatan. Namun, seperti yang anda tahu, makanan segera mempunyai bahan pengawet serta kandungan bahan lain yang lebih tinggi berbanding ayam itu sendiri. Oleh itu, manfaat yang boleh didapati daripada ayam seperti sumber proteinnya tidak boleh diperoleh.

Dengan resepi bebola ayam homemade ini, anda boleh mengubah suai mengikut selera anda sendiri. Selain itu, kandungan ayam di dalam bebola ini juga lebih tinggi dan lebih mengenyangkan. Hidangan ini amat sesuai untuk dihidangkan kepada si comel kerana rasanya yang amat lazat. Ianya amat sesuai dicicah dengan sos dan dimakan begitu sahaja!

Resepi kali ini dikongsikan oleh Lina Amanda dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Mari kita lihat resepi ini!

Resepi Bebola Ayam Homemade

bebola ayam 2
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 ketul isi ayam
  • 1 kg ubi kentang
  • Bawang merah *
  • Lobak *
  • Daun sup *
  • Serbuk lada hitam
  • Keju
  • Tepung gandum
  • Telur
  • Bread crumbs

Bahan bertanda (*) dihiris.

Cara – cara memasak:

  1. Rebus ayam dan kentang sehingga empuk. Perasakan bersama garam semasa merebus.
  2. Lenyek ubi kentang dan racik halus isi ayam.
  3. Hiris bahan hirisan dan gaulkan sebati dengan isi ayam dan lobak.
  4. Masukkan serbuk lada hitam.
  5. Masukkan keju yang dipotong empat dan bentukkan bulat.
  6. Celupkan dalam tepung gandum, telur dan bread crumbs.
  7. Gorengkan dengan api yang sederhana.
bebola ayam
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!