Resepi Bayam Goreng Ringkas (Ringkas Sedap)

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi sayur yang sangat mudah. Seperti yang kita tahu, Sayur merupakan sumber pelbagai vitamin dsn mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Terutama sayur berdaun seperti sayur bayam ini. Ia sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana ia tinggi asid folik. Juga tinggi vitamin A, K, serat yang elok untuk sistem percernaan dan pelbagai lagi faedah lain.

Kali ini Madam akan kongsikan resepi cara Madam masak sayur bayam yang sangat ringkas. Sayur bayam sememangnya memerlukan cara masakan yang ringkas agar khasiatnya dapat dimanafaat tubuh badan kita sebaiknya. Berikut bahan-bahan yang diperlukan.

Resepi Bayam Goreng Ringkas (Ringkas Sedap)

Bahan-bahan

  • Seikat sayur bayam (bersihkan dan potong )
  • ½ genggam ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk pecah)
  • 1 batang cili merah dihiris (pilihan)

Kaedah

  • Panaskan minyak dslsm kuali, tumiskan bawang putih yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan ikan bilis dan goreng sehingga ia garing sedikit.
  • Tambahkan garam , serbuk perasa secukupnya.
  • Tambah sedikit air jika perlu.
  • Tambahkan cili merah jika anda suka
  • Masukkan sayur, dan tutup sebentar agar sayur benar-benar empuk.
  • Siap.

Sebelum mengoreng sayur bayam, pastikan sayur bayam dibasuh bersih. Ini kerana sayur bayam biasanya hidup dikawasan yang berpasir. Cara membasuhnya ialah dengan merendamnya dalam air, kemudian basuh dibawah air paip yang mengalir. Ulang beberapa kali sehingga dasar besen tidak meninggalkan kesan pasir.

Sayur bayam perlu dimasak bayam, kerana jika ianya mentah daunnya terlalu kasar dan tidak dapat dihadam. Apapun cubalah resepi ringkas ini, agar anda sekeluarga sentiasa terlindung dari penyakit yang merbahaya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Previous Article

Resepi Ayam Masak Garam (Masakan Tamil)

Next Article

Resepi Apam Kampung (Gaya Kampung)