Resepi Bangkit Kelapa Asli

Assalamualaikum.
Ada peminat tegar Cik bulan sabit aka Biskut Bangkit Kelapa Asli tak?

Hari ni nak share resepi. Resepi ni dah 5 tahun guna untuk berniaga. Alhamdulillah rezeki tak pernah putus.

Jom cuba semua. Amat mudah untuk di sediakan. Rasa kelapa tu memang cair di mulut.

Resepi Bangkit Kelapa Asli. Rasa kelapa cair di mulut.

1 cwn gula kastor
1 cwn majerin pelangi
1 cwn tepung gandum
1 cwn kelapa sagai ( kalau nak tukar bijan / Oreo / cheese / santan pun boleh ),
3 cwn tpong ubi kayu
1 camca (sudu kfc) bakig powder
1 biji telor

Cara:
1. Gula + majerin putar hingga kembang.
2. Masukan telor. Putar kejap.
Masukan baking powder. Putar kejap.
3. Masukan tepu ng ubi kayu + tepung gandum + kelapa sagai.
4. Kaup balek kan pas tu guna la tangan gaul . Uli sebati.
5. Dah sebati bagi biar sejam. Baru cetak guna la cetak ikut suke.
6. Bakar suhu 40minit 150° ikut oven ya.

Selamat mencuba ???

Nanti kita share resepi Dark CHOC Cip ya.

kredit resepi kepada Afwa Azalan‎ via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Total
1
Shares
Previous Article

Air jagung lemak manis

Next Article

Pajeri Terung