Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Merah Madu Tak Cukup Makan Sikit Tau

author name

📄

Resepi ayam masak merah madu ini selalunya didapati di kedai mamak, dihidangkan bersama nasi kandar. Ianya memberikan rasa manis dan pedas, menjadikannya kombinasi yang terbaik untuk dimakan bersama nasi putih! Tahukah anda, kini anda boleh menyediakan hidangan ini sendiri?

Resepi ayam masak merah madu ini sebenarnya amat mudah untuk disediakan. Bahan – bahannya juga boleh didapati di pasaraya berdekatan anda. Ianya juga sesuai untuk dihidangkan di waktu tengahari ataupun malam, bergantung kepada selera anda. Jika anda ingin menyediakannya untuk anak – anak, anda boleh mengurangkan porsi cili boh sahaja. Pasti anak – anak anda akan menggemari resepi ini!

Resepi ayam masak merah madu ini dikongsikan oleh Nur Asmuni Ghazaly dan mendapat shares serta likes yang banyak di laman Facebook milik beliau. Jom tengok resepi ini!

Resepi Ayam Masak Merah Madu

masak merah madu
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan tumis (dikisar)

  • Serai 3-4 batang
  • Cili Merah 3 batang (dibuang biji)
  • Halia seinci
  • Bawang Putih 1 labu kecil (5-6 ulas)
  • Bawang Merah Kecil (4 biji)
  • Bawang Besar (2 labu saiz sederhana)
  • Cili Boh (anggaran 5 sudu besar)

Bahan tumis (ditumbuk)

  • Bawang Besar Holand (1 labu)
  • Sedikit kunyit hidup (pilihan)
  • 3 sekawan
    Kulit kayu manis/bunga lawang/buah pelaga
  • Sos Tomato (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Cili (anggaran 4 sudu besar)
  • Sos Tiram ( anggaran 3 sudu besar)
  • Air (untuk kuah)
  • Madu (anggaran 2 sudu besar)
  • Ayam setengah ekor
    Ayam dipotong kecil, digaul dengan garam & kunyit kemudian di goreng setengah masak
  • Daun pandan sehelai (potong 3-4 bahagian)
  • Daun sup (pilihan)

Cara – cara memasak:

  1. Tumis 3 sekawan, bahan kisar dan bahan tumbuk sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh.
  3. Tumis dengan api sederhana sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan kesemua sos dan tambah air untuk lebih berkuah.
  5. Tunggu sehingga menggelegak.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama daun pandan dan madu.
  7. Masak dan biarkan pecah minyak sekali lagi.
    Nota: Jika ingin cantik berkilat, letakkan sedikit gula batu.
  8. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan taburkan daun sup.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini! Semoga berjumpa lagi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *