Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Kurma (Ringkas Sedap)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi menu makan utama. Ayam masak kurma adalah sejenis masakan yang berasal dari keturunan mamak. Mereka biasanya menghidangkan ia didalam nasi kandar. Nasi kandar sebenarnya ialah nasi campur namun oleh kerana ia mula-mula diperkenalkan oleh golongan mamak, maka tidak hairanlah lauk pauk yang ditawarkan ialah yang mempunyai kandungan rempah yang tinggi.

Antara yang popular ialah ayam masak kurma,ia diperbuat dari dari rempah kuram yang boleh dibeli segera. Namun rempah homamade juga ada dijual dan boleh didapati di kedai-kedai runcit yang menjual rempah ratus. Berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini yang Madam cuba baru-baru ini.

Resepi Ayam Masak Kurma (Ringkas Sedap)
Bahan-Bahan

  • 1 kg ayam
  • 4 sudu besar rempah kurma ayam
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang)
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 biji tomato (dipotong 4)
  • 2 biji kentang
  • 1 biji lobak merah (pilihan)
  • sedikir air asam jawa

Bahan untuk dikisar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawan merah
  • 2 cm halia

Kaedah

  • Panaskan minyak
  • Masukkan bahan kisar, rempah tumis dan rempah kurma ayam, kacau sehingga pecah minyak
  • Masukkan ayam kacau sebati dan biar masak seketika
  • Masukkan kentang dan lobak merah serta sedikit asam jawa
  • Apabila kentang & lobak merah sudah empuk, masukan santan
  • Kacau sebati dan biarkan mendidih
  • Masukkan tomato, garam & gula secukup rasa

Untuk anda yang suka pada masakan kurma yang pekat, anda boleh menambah sukatan rempah kurma, begitu juga sebaliknya. Anda juga boleh menggunakan yogurt untuk mengantikan asam keping ataupun buttermilk, ya ia terpulang pada citarasa anda. Namun jika anda tidak pernah maka bokehkah berbuat demikian. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *