Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Masak Kicap (Ala Gerai Tomyam)

author name

Ayam adalah lauk yang paling popular dan digemari ramai. Kerana ia paling mudah didapati dan rasanya juga sangat sedap. Boleh dimasak dengan pelbagai cara dan resepi. Jarang hendak jumpa orang yang tidak suka ayam.Ayam paling mudah digoreng. Masak sambal,ayam berlada,ayam semur,ayam masak lemak cili api,ayam masak kari,ayam masak asam pedas dan paling mudah ayam masak kicap.

Ayam masak kicap paling popular di Malaysia dan Indonesia. Kerana ia sangat mudah. Ketika Madam menuntut dikolej, menu ini adalah kegemaran Madam. Sebab ia dimasak sehingga kicap menjadi karamel dan sedikit kering. Kini walaupun ada beberapa versi ayam masak kicap seperti ayam semur dan ayam rendang Pulau Pinang yang pernah Madam bawakan sebelum ini, tapi resepi yang paling popular ialah resepi yang Madam akan bawakan hari ini.

Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Ayam Masak Kicap Ala Gerai

Bahan utama

  • 300g Isi ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Bahan-bahan hiris

  • Bawang besar 1 labu
  • Bawang putih 2 ulas
  • Halia ½ inci
  • Cili api 5 batang

Bahan-bahan perasa

  • KIcap manis
  • Kicap masin

Kaedah

  • Sediakan kuali,panaskan minyak dalam satu senduk.
  • Goreng ayam sehingga separuh masak. Jangan terlalu garing.
  • Keluarkan minyak yang berlebihan tetapu ayam itu biarkan dalam kuali yang sama.
  • Tumiskan bahan-bahan hiris sehingga layu.
  • Masukkan kicap manis sedikit kicap masin. Kadarnya perlu agakkan tukang masak ya.
Gambar terus dari dalam kuali.

Masakan ini sememangnya sangat mudah. Tetapi anda juga boleh tambah sos tomato, buah tomato,cili besar atau lada benggala. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Bagi Madam, yang mudah itu yang paling sedap. Jika sudah cuba resepi ini, bolehlah mencuba resepi kami yang lain. Kami mempunyai pelbagai koleksi resepi.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *