Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Korea Adabi Marbeles Buat Sendiri Puas Makan

Resepi kali ini merupakan salah satu cara mudah untuk menyediakan ayam goreng Korea yang mulai menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia sejak kebelakangan ini. Tambah mudah kini apabila terdapat sos korea dari jenama Adabi, ia mempunyai rasa yang sedap manis dan pedas.

Bagaimanapun ayam perlulah disalut dengan tepung dan digoreng garing sebelum digaul dengan sos Korea ini. Bahan-bahan yang digunakan didalam resepi ini amat minima dan cara penyediaannya juga amat cepat dan ringkas. Oleh itu resepi ini amat sesuai terutama bagi anda yang sering sibuk dengan urusan kerja namun ingin menyediakan masakan yang enak untuk keluarga anda. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.

Bahan-bahan

  • 800g Ayam (potong kecil)
  • Tepung Goreng Serbaguna
  • Sos korea Adabi
  • Sos cili
  • Kicap cair
  • Serbuk cili paprika
  • Chili flakes
  • Madu
  • 4 ulas bawang putih (cincang lumat)
  • Bijan PutihĀ 
  • Daun bawang (hiris)
  • Minyak Masak
  • Bersihkan isi ayam dan hiris tebalĀ 
  • Cucuk hirisan ayam dengan garpu supaya boleh dimasak dengan rata.
  • Perap sebentar dengan tepung goreng segera
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar dan pukul.
  • Salutkan satu lapisan telur yang nipis pada hirisan ayam.
  • Seterusnya, salutkan dengan tepung segera sekali lagi sebagai lapisan kedua.
  • Panaskan kuali leper dan masukkan minyak masak.Ā 
  • Kekalkan api sederhana semasa menggoreng.
  • Masukkan ayam yang disalut tepung ke dalam kuali dan goreng dalam 10 ā€“ 15 minit atau sehingga masak.
  • Alihkan ayam dan kurangkan minyak dalam kuali.
  • Tumis semua bahan sos.
  • Biarkan pekat dan gaul dengan ayam
  • Tabur bijan dan hirisan daun bawang
  • Siap!

Terdapat pelbagai versi masakan ayam goreng yang boleh anda cuba kerana ayam merupakan salah satu bahan masakan yang paling digemari dimana-mana sahaja pelusuk dunia ini. Resepi ini contohnya merupakan salah satu yang menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang pedas dan manis. Jadi jangan lupa untuk mencuba resepi mudah ini sebagai hidangan untuk keluarga anda!

Resepi ā€“ resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!