Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Goreng Berempah Krup Krap Rangup

author name

Siapa sahaja yang tidak suka dengan ayam goreng kan? Boleh di makan dengan pelbagai lauk dan masakan. Kali ini kami ingin kongsikan resepi ayam goreng berempah yang super sedap dan rangup. Enak di makan bila panas.

Paling ngam makan bersama kuah kari memang bertambah pinggan. Untuk ayam goreng berempah ini memang menggunakan banyak bahan rempah ratus dalam pembuatannya, ini lah yang menjadi “king” dalam resepi kali ini. Jom baca resepi oleh Rohana Mat Ali yang berkongsi resepi ini di Facebook beliau.

Bahan-bahan

  • Cili kering kisar segenggam*
  • Serai 10 batang potong kasar (letak lebih pun boleh)*
  • Bawang putih 2 labu*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Halia seketul besar*
  • Lengkuas
  • Serbuk kari 2 senduk
  • Kunyit@serbuk kunyit
  • Tepung jagung sepeket kecik
  • Kelapa parut sebelah ( penyedap rasa&penambah kerak ayam goreng berempah)
  • Daun kari
  • Gula 2 sudu
  • Garam secukup rasa
  • Telur 1 biji

Bahan sangai

  • Ketumbar, jintan manis jintan putih, blander kasar

Cara Penyediaan

  1. Gaul kesemua bahan, perap sekejap, sedia untuk di goreng
  2. Bahan bertanda * semua di blander

Ayam goreng berempah memang sedap dimakan bersama kuah kari dan sambal belacan memang tak pandang kiri kanan. Makan ketika panas lebih sedap dan rangup berbanding sejuk hilang krup krap.

Resepi Menarik Yang Lain

Jangan lupa cuba resepi yang dikongsikan ini, rugi tak cuba. Kami turun himpunkan beberapa resepi menarik yang lain.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *