Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ayam Kenny Roger (Macam Direstoran)

author name

📄

Resepi kali ini merupakan resepi ayam di yang diinspirasikan daripada restoran makanan segera iaitu Kenny Rogers. Masakan seperti ini walaupun nampak seperti rumit kerana ia mempunyai bahan yang agak banyak tetapi ia sebenarnya sangat mudah untuk disediakan. Ini kerana anda boleh menyiapkan perapannya terlebih dahulu kemudian meletakkannya ke dalam ketuhar dan terus membakarnya sambil anda membuat kerja lain pula. Mudah bukan? Baiklah berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan boleh anda sediakan untuk resepi ini.

Resepi Ayam Kenny Roger

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (belah 4)
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar madu
  • 4 sudu besar olive oil
  • 3 sudu besar blackpepper
  • 3 sudu kecil garam
  • 3 batang serai*
  • 3 inchi halia*
  • 5 ulas bawang putih*
  • *bahan yang dikisar

Kaedah 

  • Kisarkan serai, halia, dan bawang putih.
  • Perapkan ayam dengan sos tiram, madu, olive oil, blackpepper, bahan kisar, dan garam.
  • Panaskan oven selama 15 minit.
  • Guna api atas dan bawah, suhu 180’C.
  • Panggang selama 35-40 minit.
  • Dalam minit ke 30 keluarkan ayam untuk sapukan butter.
  • Masukkan ayam selama 8-10 minit. Keluarkan ayam, lihat jika sudah masak. Boleh hidangkan.

Ayam ini sangat sesuai dihidangkan bersama nasi butter ataupun nasi minyak. Hidangkan bersama sup kosong dan juga sosnya sama ada terus dari botol ataupun anda sediakan sendiri. Oleh itu diharap anda akan mencuba resipi ini, selamat mencuba

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *