Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Stail Mak De (Asli Melaka)

Resepi kali ini merupakan satu lagi resepi masakan Melaka yang popular. Jika anda berkunjung ke negeri Melaka tidak sah jika anda tidak mencuba masakan ini. Asam pedas Melaka stail mak da ini mempunyai sedikit perbezaan di dalam bahan yang digunakan. Lazimnya masak asam pedas, menggunakan bahan seperti bawang merah putih dan halia. Namun resepi kali ini menggunakan beberapa bahan tambahan lain. Iaitu seperti halba, jintan putih, jintan manis,lada hitam dan sedikit belacan.

Bagi anda yang ingin merasa kelainan dalam masakan anda dan ingin mencuba resipi ini sendiri, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan yang boleh anda dapati di kedai berdekatan.

Resepi Asam Pedas Stail Mak Da

Bahan-bahan

  • Ikan pari 300 g
  • Bendi
  • Tomato

Bahan kisar

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 mangkuk cili kering (gunting dan rebus)
  • Sedikit Belacan
  • 1 inci Halia
  • Jintan putih & jintan manis 

Bahan Tumis

  • 1 sudu makan halba
  • 2 pelepah daun kari (atau daun kesum)

Bahan Lain

  • 6 batang bendi
  • 2 biji tomato (belah 4)

Kaedah

  • Panas minyak, masukan halba, daun kari dan masukan bahan-bahan kisar tadi.
  • Goreng sampai naik bau.
  • Kemudian masuk kan air sedikit dan masukkan ikan.,gaul agar sebati.
  • Kemudian baru masukkan air asam jawa dan bahan-bahan perasa.
  • Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
  • Tambahkan serbuk lada hitam jika gunakan ikan pari atau daging.

Perkongsian kali ini menggunakan ikan pari sebagai bahan utama nya, namun begitu anda juga boleh mencubanya menggunakan ikan cencaru ataupun apa-apa jenis ikan yang menjadi pilihan hati anda. Masakan yang sedap dan mudah untuk disediakan pasti memikat hati tetamu ada keluarga anda. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More…!