Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Asam Pedas Ikan Mayong ( Mudah Dan Sedap)

Resepi Madam bawa kali ini, adalah menu kegemaran keluarga. Diwarisi dari allahyarham ayah Madam. Resepi ini memang istimewa. Dulu masa madam kecil bila hari raya ayah akan kami sekeluarga balik kampung. Bila sudah di kampung, haruslah duduk dari pagi sampai ke malam barulah balik. Sebab arwah ayah kerja sendiri, maka kami jarang tidur dikampung. Sebab itulah kami akan menghabiskan masa seharian suntuk dikampung. Jadi bila sampai sahaja dikampung, arwah ayah mesti ajak emak dan sepupu madam cari ikan di Penambang. Ini disebabkan ikan-ikan disana segar dan baru naik dari laut.

Ayah pasti beli ikan duri (ikan mayong). Ada orang panggil ikan ini ikan mayong tapi kami panggil ia ikan duri sebab dibahagian kepala ikan itu berbatu macam duri.

Ikan Mayong/Ikan Duri via google image

Tidak mengapalah, walau apa nama panggilannya, asal kita tahu ikan yang mana satu, cukuplah. Yang penting bila kepasar, kita beli ikan macam dalam gambar diatas. Cari yang segar sebab isinya lebih manis. Biasanya bahagian isi ikan,kami akan goreng sahaja.

Asam pedas resepi madam ini juga tidak menggunakan bendi, bunga kantan atau pun daun kesum.Ia sangat berbeza dari asam pedas negeri Melaka atau Johor. Tapi sangat sedap. Rugi tidak cuba.

Resepi Asam Pedas Ikan Duri (Cara Mudah)

  • Sekilo kepala ikan mayong (siap potong dan dibersihkan). Gaulkan garam dan kunyit. Ketepikan.

Bahan-bahan A ( Kisar)

  • 3 senduk cili kering yang dikisar.
  • Bawang merah 5 ulas
  • Bawang putihĀ  3 ulas
  • 1 sudu besar jintan halus
  • 1sudu besar jintan kasar
  • 1 inci belacan

Bahan-bahan B ( Hiris dan Tumis)

  • 1 labu bawang besar ā€“ hiris
  • 3 ulas bawang putih- hiris
  • 1 inci halia ā€“ hiris
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji ketumbar
  • Air asam jawa secukupnya.

Kaedah

  • Ā Tumiskan bahan-bahan B sehingga naik bau. Kemudian tumis bahan A hingga naik minyak. Masukkan kepala ikan. Gaul mesra ikan dgn bahan Ā tumis. Bila ikan telah kelihatan masak, tambahkan air asam jawa. Tambahkan air. Kuah ini tidak perlu banyak air, ia enak jika kuahnya pekat. Tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
  • Tutup api bila kuah telah mengelegak dan pekat.

Bau sahaja dah mengancam!

Bila dihidangkan ia enak dimakan dengan ikan masin bulu ayam, sambal belacan dan ulam-ulaman. Madam sampai sekarang wajib makan dengan kicap. Mengamit kenangan betul! Jadi jangan lupa, jika ingin mencari kelainan dalam hidangan tengahari bolehlah cuba resepi ini. Jangan lupa intai-intai resepi lain ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Moreā€¦!