Resepi Apam Tepung Gandum

Resepi Apam Tepung Gandum
.
Bahan-bahan:
4 1/4 cawan tepung gandum – diayak (akak guna 1/2 kilo)
3/4 cawan gula hitam (akak guna gula perang dan gula pasir, dicampur)
2 1/2 cawan air
1 peket yis serbuk – (contoh – Mauripan)
Secubit garam (opt)
Kelapa parut putih dikukus dengan sedikit garam dan daun pandan yang digunting kecil – untuk mkn bersama apam
.
Cara-cara:
1. Loyang disapu minyak sekeliling.
2. Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung, gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati, licin dan tak berbintil2.
2. Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 45 minit hingga 1 jam.
3. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 minit. Biar apam benar-benar sejuk.
4. Apabila kuih benar-benar sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.

Total
0
Shares
Previous Article

Ayam Bakar Berempah Harum

Next Article

Kek Coklat Vanila Pandan Cheese