Resepi Apam Lenggang (Masakan Mudah)

Resepi kali ini adalah satu lagi resepi sarapan pagi yang sangat digemari. Apam lenggang ini diperbuat daripada nasi sejuk, santan, gula, tepung gandum, tepung beras dan yis. Apam lenggang ini merupakan sejenis masakan India. Tetapi ia telah diubahsuai agar kena dengan selera orang kita. Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan bagi anda yang ingin mencuba sendiri resepi ini.

Resepi Apam Lenggang

Bahan-bahan

A (Kisar)

  • Nasi 1 cawan 
  • Air 1 ½ cawan

B

  • 1 ½ cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula pasir 
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam

Kaedah

  • Mula-mula kisarkan nasi dan air sehingga halus. Ketepikan.
  • Kemudian campurkan bahan B iaitu tepung,gula,yis,telur dan santan. 
  • Kacau sebati, baru masukkan garam.
  • Kacau lagi agar sama rata.
  • Perapkan bancuhan sekurang-kurangnya 1 jam
  • Dalam kuali, sapukan minyak masak guna tisu.
  • Panaskan kuali dan ambil satu senduk kecil adunan.
  • Kemudian lenggang kan kuali agar adunan itu melebar.
  • Masak sehingga tepinya kuning.
  • Angkat dan terus gulung, tidak perlu terbalikkan ia.
  • Hidangkan susu manis atau sambal tumis mengikut selera anda.
  • Siap!

Satu hal yang menarik tentang resepi ini ialah perkataan Lenggang. Ia sebenarnya dinamakan begitu kerana perbuatan melenggang kuali untuk melebarkan adunan ini menjadi seperti lampeng.Sedap dinikmati bersama gula,susu manis atau sambal, malah ada juga yang menikmatinya bersama santan. Oleh itu diharap anda mencuba sendiri resepi ini dan rasailah kelainannya. Selamat mencuba!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *