RESEPI AISKRIM JAGUNG CARA MUDAH DAN SEDAP

RESEPI AISKRIM JAGUNG CARA MUDAH DAN SEDAP
.
Bahan-bahan Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap ( anggaran 1 liter ):
.
½ gelas susu pekat
1 gelas air suam
1 sudu besar ovelate
1 biji telur **option: tak nak letak pun boleh tapi cik tom letak je.
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin jagung manis
1 sudu besar perasa jagung
**untuk saiz gelas tue ikut saiz gelas standard yang buat minum dirumah ye.
.
Cara-cara Masakan Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap:
.
1. Masukkan kesemua bahan-bahan dalam blender dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. **kuantiti aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal.
.
2. Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.
.
3. Selepas aiskrim sejuk beku, sedia untuk dihidang dan dimakan bersama keluarga tersayang.
.
Campur semua bahan dan blend. Mudah je kan? Kini kita boleh buat sendiri aiskrim kat rumah. Precaution, make sure jangan guna blender yang biasa guna untuk blend cili pad dan seangkatan dengannya, nanti pedas pulak aiskrim yang korang buat. hehe.. Selamat mencuba Resepi Aiskrim Jagung Cara Mudah dan Sedap ye!

Total
0
Shares
Previous Article

Ayam Goreng Berempah In The House

Next Article

Tauhu sumbat ayam