Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Ais Latte ( Rasa Seperti Di Mc Donald)

author name

Melihat trend masyarakat yang begitu meminati kopi premium,memenuhi cafe-cafe yang menawarkan espresso, latte,cappucino,macchiato atau asian dolce. Menu-menu ini biasa ditemui di cafe-cafe mahal seperti Starbuck, Coffee Bean ataupun Mc Cafe.

Tetapi acapkali peminat coffee keliru dengan nama-nama jenis kopi ini. Apa itu espresso, latte,cappucino,macchiato ? Sebenarnya semua nama-nama ini ialah kopi dan susu. Espresso bermakna kopi o,iaitu kopi arabica yang dikisar dan di’brew’.

Latte, Cappucino dan Macchiato secara dasarnya ialah sama. Kopi O dan susu, hanya itu sahaja. Jadi apa yang membezakan ia? Buihnya,kehalusan buih dan jumlahnya yang membezakan pilihan-pilihan ini.

Perbezaanya . Image via Google

Hari ini,Madam akan kongsikan cara membuat ais latte. Walaupun secara dasarnya ia hanya kopi,susu dan ais, rasanya sangat berbeza berbanding ais kopi susu. Mari lihat bahan-bahannya.

Resepi Ais Latte ( Homemade)

Bahan-bahan

  • 1 shot espresso atau satu cawan kecil nescafe gold.
  • 200ml susu segar

Kaedah

  • Masukkan ais didalam gelas tinggi.
  • Masukkan susu hingga memenuhi tiga suku gelas tadi.
  • Akhir sekali masukkan espresso.
Buat sendiri sahaja dirumah.

Kebanyakkan peminat latte,menikmatinya tanpa gula. Namun ada juga menambah sirap caramel, vanila atu hazelnut. Jika diluar harganya boleh tahan mahal. Namun kini anda boleh menikmatinya dirumah, malah boleh menghidangkan ia untuk tetamu anda.

Jangan lupa mencuba resepi yang lain juga ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

One response to “Resepi Ais Latte ( Rasa Seperti Di Mc Donald)”

  1. unclle shade Avatar
    unclle shade

    tqvm resep nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *