Resepi Acar Timun (Acar Paling Senang)

Resepi kali ini ialah resepi acar. Acar sebagaimana kita ketahui adalah sejenis jeruk sayur-sayuran. Ia banyak didapati dalam menu-menu masakan dari Malaysia, Brunei mahupun Indonesia. Pendek kata ia mudah didapati di negara Asia Tenggara.

Acar atau jeruk sayur-sayuran adalah satu kaedah memanjangkan hayat sayur-sayuran tersebut supaya ia tahan lama dan boleh didapati pada bila-bila masa. Namun zaman berubah, acar sekarang dijamu bersama menu-menu tertentu sahaja. Seperti acar buah dengan nasi minyak, acar timun nenas bersama nasi tomato.

Resepi kali ini, merupakan cara mudah Madam membuat acar. Biasanya acar timun ini , Madam buat bila kami sekeluarga menikmati nasi hujan panas. Resepi ini diolah dari resepi acar timun nenas, namun oleh kerana ingin sesuatu yang mudah, hanya timun yang digunakan.

Resepi Acar Timun (Acar Paling Senang)

Bahan-bahan

  • Timun Jepun sebatang
  • Bawang besar ΒΌ labu
  • Cili merah 1 batang atau cili api merah 3 ulas
  • Cuka 1 sudu makan
  • Gula 2 sudu makan
  • Garam secubit

Kaedah

  • Basuh timun dan hiris serong nipis-nipis.
  • Kopek bawang dan hiris nipis-nipis.
  • Cili juga dihiris halus atau kasar jika suka pedas
  • Gaul semua bahan diatas dalam satu bekas.
  • Masukkan garam,gula dan akhir sekali cuka.
  • Gaul mesra semu bahan dan akhir sekali simpan dalam peti ais beberapa jam sebelum dijamu.
Sedap dinikmat bersama nasi hujan panas.
Sangat mudah dan murah.

Dalam resepi ini Madam menggunakan timun jepun kerana ia lebih rangup. Tetapi anda boleh juga guna timun biasa. Anda juga boleh menambah lobak merah yang dihiris nipis. Atau jika anda ingin tambah nenas juga boleh.

Simpan dalam chiller beberapa jam sebelum dijamu kerana dengan cara itu gula,garam dan cuka akan lebih serasi dengan timun dan cili yang digunakan. Bolehlah anda mencuba acar ini bersama nasi hujan panas hujung minggu nanti. Terima kasih kerana like dan share!

Resepi Lain Yang Menarik

Inilah antara resepi paling ringkas dan sangat sedap. Anda perlu mencubanya. Selain dari itu,laman web ini juga mempunyai banyak resepi lain yang menarik serta telah dicuba. Selamat mencuba.

Give a Comment