rendang ikan tongkol

Resepi Rendang Pedas Ikan Tongkol (Sedap Terangkat)

Kembali lagi dalam rancangan resepi pemikat hati mertua, layan!

Orang dulu-dulu suka masak rendang ikan. Walaupun tampak sukar namun jika rajin tidaklah sukar manapun. Sama macam resepi rendang pada umumnya, rendang ikan penuh dengan pelbagai rempah masakan. Rasa rendang ikan pula beza dengan rendang ayam atau daging.

Ikan yang sesuai untuk masak rendang iyalah ikan tongkol/kayu. Lebih terasa “kampung” nya. Rendang ikan sesuai untuk lauk kenduri-kendara. Makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi dagang, siram kuah banyak-banyak, sedapnya makan. Patut mak mertua teruja tengok.

Sila baca resepi yang kami tuliskan di bawah ini. Laila Safiah berkongsikan resepi di Facebook. Ikan tidak perlu digoreng, sama macam masak rendang biasa, tapi ini lebih mudah dan cepat.

Resepi Rendang Pedas Ikan Tongkol

rendang ikan tongkol
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Ikan tongkol seekor (anggaran 600 gram),
  • 4 ulas bawang kecil dihiris nipis,
  • 2 batang serai besar (hiris dan tumbuk),
  • 8 biji cili kering bersama 5 biji cilipadi merah dikisar,
  • Sehelai daun kunyit saiz besar dihiris mayang,
  • 3 keping asam keping,
  • 250 ml santan,
  • 1 sudu kecil gula,
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit,
  • Garam secukup rasa.

Cara-cara :

  1. Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak di atas api sederhana. Ikan tidak perlu digoreng/direbus.
  2. Masukkan ikan mentah-mentah.
  3. Siap.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang ikan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Total
3
Shares
Previous Article
rendang kerang

Resepi Rendang Kerang (Sedap Untuk Kenduri)

Next Article
pau goreng rozen

Resepi Pau Goreng Frozen (Pantas dan Cepat)