Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Minang Daging (Tanpa Kerisik)

author name

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi rendang daging yang amat digemari. Rendang biasanya dihidang sebagai meraikan hari istimewa seperti hari raya atau didalam majlis keraian. Rendang daging Minang dibuat menggunakan bahan-bahan seperti santan,bawang merah,bawang putih,halia dan serai. Namun ia tidak menggunakan kerisik, walaupun begitu rasanya amat sedap. Jika anda ingin mencubanya berikut adalah bahan yang diperlukan.

Resepi Rendang Minang Daging

Bahan-bahan

  • Daging 300g (Rebus empuk)

Bahan-bahan kisar

  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ halia
  • 10-15 batang cili api
  • 2 sudu besar cili kisar 

Bahan aroma

  • 1 batang serai (tumbuk pecah)
  • Daun kunyit (kering)
  • Daun limau purut( kering)

Bahan lain

  • Santan (beku/kotak)
  • Asam keping (sekeping)
  • Garam
  • Serbuk perasa

Kaedah

  • Mula-mula sediakan kuali.
  • Masukkan bahan kisar.
  • Kemudian masukkan serai yang telah ditumbuk pecah.
  • Masukkan air dalam anggaran 1 mangkuk kecil bersama 1 asam keping.
  • Selepas itu masukkan santan beku/cair (anggaran 300ml)
  • Biarkan santan cair dan kuah mulai mengelegak.
  • Baru masukkan daging yang telah direbus empuk.
  • Kacau-kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa (pilihan)
  • Apabila kuah mulai pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.
  • Terus masak sehingga rendang naik minyak.
  • Siap!

Jika anda tidak makan pedas,anda boleh mengantinya dengan cili merah dan cili hijau. Untuk daging pula,anda boleh menggunakan daging batang pinang kerana ia lebih lembut. Tetapi selain dari itu, anda boleh merebus daging dahulu hingga empuk jika ianya jenis daging liat. Selamat mencuba ya!

Resepi – resepi lain yang menarik

Terima kasih kerana berkunjung ke laman kami. Selain daripada resepi ini, ada pelbagai variasi resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda ya.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *