Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Kerang (Sedap Untuk Kenduri)

author name

📄

Kepada semua peminat seafood, kami ada resepi yang sayang jika anda lewatkan.

Resepi seafood yang akan kami kongsikan kali ini ialah rendang kerang. Mungkin selalunya rendang daging, ayam, ikan. Macam mana pula dengan rendang kerang? Agak-agaknya sedap atau tidak?

Mungkin sesetengah orang ada yang sudah cuba, sedap bukan? Bagi yang belum cuba, inilah masanya anda tunjukkan kebolehan anda.

Rasa rendang kerang yang klasik dan elegan menari dalam mulut. Sedap dijadikan lauk makan dengan nasi putih atau nasi lemak. Jom cubakan resepi perkongsian daripada Nooraini Ramly di laman Facebook.

Resepi Rendang Kerang

rendang kerang
Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • Isi kerang direbus,
  • Bawang merah 2 biji*,
  • Bawang putih 3 biji*,
  • Serai 4 batang*,
  • Kunyit*,
  • Lengkuas*,
  • Halia*,
  • Cili kering*,
  • Daun kunyit dihiris,
  • Daun limau purut dihiris,
  • Kerisik 2 sudu,
  • Gula melaka agak-agak jangan banyak sangat,
  • Perasa,
  • Garam,
  • Air asam jawa sedikit,
  • Santan kara.

Cara-cara :

  1. Kisar bahan bertanda *.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar.
  3. Jika sudah garing masukkan gula melaka, kerisik, perasa, garam, air asam jawa.
  4. Jika sudah pecah minyak masukkan santan kara.
  5. Jika sudah betul-betul masak sambal rendang tadi, masukkan kerang, daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Siap sedia untuk dihidangkan.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi rendang kerang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Sila baca dan cubakan. Jangan lupa like dan share resepi ini ya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *