Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Hitam (Resepi Orang Pahang!)

author name

📄

Kebiasaannya, rendang akan berwarna coklat. Akan tetapi, kali ini kami bawakan resepi unik yang berasal daripada negeri Pahang, rendang hitam.

Apa yang membezakannya adalah, hidangan ini diletakkan kicap sedikit. Rendang hitam tidaklah sukar untuk disediakan, jadi, anda bolehlah hidangkan kepada keluarga!

Resepi ini dikongsikan oleh Cik Izah dan mendapat banyak perkongsian di Facebook beliau.

Resepi Rendang Hitam

rendang-hitam
image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis)
  • Bawang Merah 15 biji ( saya pakai bawang merah besar )
  • Bawang putih 1 labu
  • Bawang Besar 2 biji
  • Halia Seketuk besar
  • Serai 20 batang ( kuantiti yang banyak lagi sedap )
  • Cili kering ( agak2 jela korang suke pedas letak banyak )
  • Kerisik
  • Santan kepala 2 biji ( saya blander je malas perah )
  • Kicap pekat & cair
  • Daun kunyit
  • Daging (direbus bersama kicap, halia ketuk dan bawang putih ketuk)
  • Bawang merah 10 biji (dimayang)

Bahan kisar:

  • Bawang merah 5 biji @ 3 biji
  • Serai
  • Halia
  • Bawang putih
  • Bawang besar 2 biji
  • Cili kering (dipotong halus, digoreng tanpa minyak, dikisar kering, campurkan bersama minyak selepas itu)

Cara – cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan 4 sekawan, bawang merah yang dimayang. Tumis sehingga bawang nampak kekuningan dan garing.
  2. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga naik bau.
  3. Apabila sudah kering sedikit, masukkan santan. Tumis sehingga santan pecah minyak.
  4. Masukkan cili kering yang dikisar dan dicampur minyak tadi.
  5. Masukkan kicap pekat dan cair sedikit.
  6. Masukkan kerisik.
  7. Masak sampai rendang betul – betul kering.
  8. Akhir sekali, masukkan daging dengan daun kunyit serta garam secukup rasa.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *