Resepi Tradisional, Moden & Terkini

Resepi Rendang Daging Hitam (Makan Bertambah!)

Sudah bosan dengan rendang biasa? Hari ini, kami bawakan sedikit kelainan kepada anda, apa kata anda mencuba resepi rendang daging hitam ini! Pasti tertarik dengan rasanya.

Rendang Daging Hitam sedikit berbeza daripada rendang biasa. Ini kerana, ada penambahan kicap didalam hidangan ini. Pastinya rasa juga sedikit berbeza. Tapi jangan khuatir, ianya pasti lazat!

Resepi ini dikongsikan oleh Azian Buaian Kuntum dan mendapat banyak perkongsian di laman Facebook beliau.

Rendang Daging Hitam

daging-masak-hitam
image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan Utama:

  • Daging lembu (1 – 1.5 kg)

Bahan Tumis:

  • Dua/Tiga cawan minyak masak untuk menumis
  • 1 biji bawang merah Besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 1~2 inci halia
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Buah pelaga

Bahan disangai dan dikisar kering:

  • 2 sudu ketumbar
  • 2 sudu jintan manis
  • 3 sudu jintan putih
  • 10 biji lada hitam

Kuah:

  • 1~2 biji bawang besar merah (dikisar)
  • 6~8 bawang putih (dikisar)
  • 1 mangkuk cili kering pedas (dikisar)
  • 2 inci gula melaka merah
  • 3/4 sudu kerisek
  • 1 cawan kicap lemak manis
  • Sedikit perasa
  • 3 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang besar (dibelah empat) dan cili besar hijau (untuk dimasukkan sebelum tutup api)

Cara – cara memasak:

  1. Daging dipotong agak nipis atau mengikut kepada citarasa anda. Jangan tebal dan besar sangat, nanti lambat masak.
  2. Daging tersebut dibasuh dan toskan.
  3. Panaskan minyak masak.
  4. Masukkan kayu manis sekejap sebelum masukkan bahan tumis. Kacau sampai garing dan kekuningan.
  5. Kemudian masukkan bawang putih dan merah yang telah dikisar dan kacau hingga wangi sehingga pecah minyak menjadi jadi warna jernih.
  6. Masukkan cili kering kisar dan kacau sebentar hingga masak dan garing dan pecah minyak, masukkan santan 1kg dan gula melaka/gula merah yg ditumbuk kecil2. kacau sampai hancur gula. Masukkan daging yg telah dibasuh dan tos tadi.
  7. Kacau paste tu bersama daging sampai pekat dan hati masak.
  8. Masukkan sedikit kicap, bawang/cili potong jika suka, 2~4 sudu kerisik dan secukup rasa.
  9. Kacau, biar kuah memekat sikit baru sedap.
  10. Siap Daging Masak Hitam, bolehlah dihidang. Lauk ini enak dimakan dengan apa sahaja termasuk nasi beriani, pulut, nasi minyak dll.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

About Our Content Creators

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Integer semper commodo tristique. Donec in dolor a odio semper convallis et ac ex. Aenean at elit non arcu tincidunt laoreet.

We may earn a commission if you click on the links within this article. Learn more.

More…!